Tuesday, November 23, 2010

Kisah Dari Gambar


Gambar kat atas ni biasa2 sahaja.. tapi dari gambar pondok ni aku akan buat cerita ni jadi panjang. Pondok yang penuh dengan semak baru lepas kena sembur racun ni terletak di belakang rumah kampung aku di Kuala Pilah Negeri Sembilan, sebuah negeri dan tempat yang kaya dengan adat resam minangkabau serta adat pepatihnya itu.

Kat tepi pondok tu kalau kau orang perasan ada sebuah rumah kecil tempat simpan pinggan mangkuk periuk belanga dan sebagainya. Besar2 periuk kat belakang tu. Aku tak ingat bila kali terakhir aku masuk kat rumah kecil tu. Apa yang aku ingat masa aku kecik dulu aku selalu main dalam rumah tu dengan sepupu2 aku dan dalam rumah kecik tu la aku ponteng puasa dulu, masa zaman aku mula2 nak belajar puasa. Sekarang nak masuk aku tak berani sebab, entah dah ada ular sawa beranak pinak dalam tu. Buatnya tiba2 aku kena ngap kan susah..

Gambar ni aku baru snap sekitar raya haji baru2 ni.. Masa tu aku tengah cari port nak hisap rokok..tiba2 aku teringatkan belakang rumah.. jadi aku pun berasap la kat situ dan tiba2 saja jer aku nak snap gambar belakang ni.

Tak ada apa yang menarik kan dalam gambar ni..? apa yang ada cuma sebuah kayu2 reput yang dan rumah kecik yang semakin buruk tu. Tak ada satu pun adik2 sepupu aku yang kecik berani nak main belakang rumah ni lagi..

Tiba2 ingatan aku kembali ke sekitar 10-15 tahun dahulu.

Di tempat yang hambar ni la suatu ketika dulu riuh rendah dengan suara anak2 kecil berlari, bermain dan segalanya. Bila tiba bulan puasa atau nak dekat2 raya belakang ni akan jadi meriah sebab sanak saudara akan berkumpul untuk kacau dodol, masak rendang, bakar lemang dan sebagainya. Masih terngiang2 suara arwah nenek aku membebel2 kat sini. Dia seorang yang sensitif bila memasak, tak baca bismillah dan selawat sebelum masak rendang atau bakar lemang pun kena bebel.

Kalau santan terlebih atau tak cukup garam, habis mak aku dan makcik2 aku kena bising. Disebabkan arwah nenek/wan yang cukup cerewet bila memasak tu la, hasilnya cukup umpphh..! Antara yang terbaik di pekan Kuala Pilah ni rendang dan lemang hasil tangan dia..hehe.

Bila bulan puasa, arwah ayah aku selalu bawa sekotak mercun percuma. Disebabkan kabel kuat dengan polis dan askar, maka berpesta mercun la aku dengan sedara mara. Arwah ayah aku punya suara paling kuat bila ada gotong royong belakang ni, siapa yang malas da suka curi tulang macam aku, pasti akan kena maki. Nak tak nak, buatlah kerja2 sikit macam cari kayu api dan tolong kacau gulai dalam kawah. Pantang dia bila ada orang lain penat2, ada pulak yang rilek dan cuma tahu makan.

Selalu bila riuh rendah kat belakang ni, akan disusuli gelak ketawa saudara mara. Selalunya datuk dan nenek aku yang jadi bahan. Datuk aku selalu kena kutuk dia sebatang kara, sebab dia orang utara bila kahwin dengan orang negeri sembilan (nenek aku), harta semua perempuan punya..hehe.

Itu zaman aku kecil2, masa belum ada PSP yang adik sepupu aku tengah main depan rumah tadi. Waktu tu kitorang cuma main kejar2, masak2 dan sebagainya. Aku pernah rendam katak hidup2 dalam air panas sebab nak buat sup..! siap letak daun sup lagi tau..! Lepas tu nenek aku mengamuk, nasib baik tak makan.

Habis sebatang rokok, aku tersedar semula dari lamunan. Itu kisah lama, kenapa aku nak sedih tekenangkan zaman yang dah berlalu..? Sebab sekarang semua dah tak sama..tak ada lagi gotong royong. Nak lemang..beli, nak rendang..beli, nak masak ketupat tak perlu anyam cuma perlu pergi kedai beli dalam bungkus kemudian balik rebus.

Senang.

Tak ada lagi suara cerewet nenek aku, atau suara kuat dan garang arwah ayah aku. Pondok yang dulunya riuh rendah, sekarang dah tinggal masa nak menyembah bunyi sebab dimakan anai2. Semak samun makin panjang..

Sepupu2 aku yang berhingus dulu pun, sekarang semua dah ada kerjaya, jadi pegawai, jurutera, arkitek dan sebagainya. Masing2 nak balik kampung pun dah susah..termasuk aku sendiri. Beraya kat KL tak sama macam kat kampung..

Aku pun tak tahu nak cerita apa dah..

.. :)

Friday, November 12, 2010

Kerja Malam


Kawan2 aku bising..dan ada yang merajuk.. tu belum lagi yang kecik hati bila aku tak balas mesej. Mari aku bawa kalian ke dunia aku.. bila bangun pagi pasti dalam inbox hp aku ada paling kurang 10 mesej. Bukan dari chenta hati.. tapi mesej2 kerja, kes itu ini dan sebagainya. Bila bangun pagi biasanya aku mamai.. dan baca mesej2 tu ala kadar sahaja.

Biasanya bila aku bangun pagi aku akan kelam kabut bersiap nak pergi ke tempat kerja aku yang baru di Ampang, Selangor. Interbankers nama tempat aku bekerja tu.. dalam pejabat tu cuma ada 3 orang sahaja staff. Sebab itu cawangan jadi kakitangannya sedikit..dan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Sebelum ni aku cuma buat kerja pejabat, tapi mulai semalam aku dah mula mengajar pada pelajar2 aku yang mengikuti kursus asas perbankan.

Masa tengahari disebabkan bos aku jarang masuk maka aku akan lelap dalam sejam. Waktu pejabat aku tak on HP biasanya. Biasalah..aku kan pekerja yang komited. Tapi bila aku cakap pada kawan2 yang aku mahu jadi Perdana Menteri Malaysia, pasti mereka semua akan ketawakan aku..sedangkan aku komited pada kerja ni..haha.

Malam pula, aku kena buat part time di ibu pejabat di KL. Kerja aku lipat2 flyers, masukkan dalam sampul surat, stapler sana, stapler sini sampai pukul 11 malam. Nasib baik ada awek2 kabin krew yang comel buat kerja sekali jadi tak adalah bosan sangat. Sambil buat kerja boleh cuci mata, kata seorang pelatih pilot disitu. Bila balik aku terus tidur sebab penat. Jadi msg2 dalam HP aku jarang nak buka atau perasan. Jadi 2-3 orang kawan aku mengadu aku susah nak reply mesej.. dengan penjelasan ni harap korang faham.

Itu sebabnya aku belum ada awek sejak 'menduda' tahun lepas. Selain dari aku tak laku, aku juga takut nak bagi komitmen pada awek aku nanti..sebab aku sibuk memanjang. Itu belum campur kelas silat dan kerja2 part time lain yang aku buat. Mana ada masa..

Pada yang mesej..aku suggest korang missed call aku..nanti aku call balik yer.

To my brothers pulak.. uhh along agak kebzan yang melampau. Hujung minggu kita lepak okeh..?

.. :)

P/s : aku rindu zaman aku boleh bermain papan selaju petang2, lepak sana sini, layan gig dan enjoi semua. Tapi apa nak buat, sekarang aku dah bekerja. Dah la tahun depan aku duduk SPM balik..bertambah2 la tekanan aku.

Friday, September 17, 2010

Lepas Raya

Damn..semua orang sudah menulis pengalaman hari raya mereka dan aku sahaja belum. Ini sudah masuk raya ke-9 tapi aku masih dilanda perasaan malas yang keterlaluan. Mungkin disebabkan peningkatan kadar lemak dan kolestrol secara rakus selepas sahaja kita habis berpuasa.

Hari ni raya sudah masuk yang ke-9..? Uhh kita sambut raya sampai sebulan ker..? Bila dengar lagu raya di radio tadi tiba2 aku rasa annoying..tak tahu kenapa.

Masa hari raya pertama..aku lambat pergi masjid. Kalau mak aku tak kejut pasti aku akan membuta sampai tengahari seperti biasa. Itu lumrah untuk penganggur berjaya seperti aku..yang cuma menghabiskan hidupnya didepan komputer.

Masuk universiti keluar cuma boleh tanam anggur.

Balik sembahyang raya aku ke Kota Damansara..rumah makcik aku. Kebetulan atok aku ada disana..menetap dengan makcik aku.

Sampai rumah makcik aku..aku cari abang sepupu aku yang
aku tahu ada disana. Cari punya cari dia ada kat bilik bibik, orang gaji makcik aku. Hajat aku nak ajak dia bersembang di pagi raya jadi terbantut. Abang sepupu aku yang dipanggil along tu memang punya rekod cemerlang membuta di pagi raya selama bertahun2.

Kesudahannya aku pun tersadai sebelah dia membuta sampai petang. Mak aku pula jadi masam mencuka sebab aku boleh tidur di pagi raya.

Nak buat macam mana..raya tahun ni bagi aku tak meriah. Aku tak suka sambut raya di Kuala lumpur..dan ini kali pertama aku di KL. Kalau dulu 3 hari terakhir puasa aku dah berkumpul dengan saudara mara kat kampung..huru hara main mercun masak rendang. Raya di KL terlalu hambar.

Lagipun ni kali pertama aku beraya tak ada bapak. Kalau dulu arwah ayah aku akan bising bila malam dan pagi raya..suruh aku dan adik beradik aku bersiap. Kalau malas tolong orang kemas rumah pun kena bising..tapi hari ni tak ada siapa nak marah aku lagi bila aku malas tolong orang kat rumah.. semua jadi sunyi.. Dulu aku tarik muka bila kena bising..hari ni aku rindu nak kena bising dengan arwah ayah pulak.

Hubungan antara keluarga..saudara mara dan sepupu2 aku pun
dah makin longgar. Salah satunya kerana masing2 dah besar..dah ada jalan kehidupan sendiri. Dulu waktu kecik mandi sama2..tak ada hal kau tengok batang pelir aku..aku tengok batang pelir kau. Sekarang kalau nak mandi sama boleh muntah sebab masing2 dah berbulu..ibarat hutan hujan khatulistiwa.

Semoga raya tahun depan akan membawa kegembiraan semula untuk aku.. 2 hari lepas pun aku boleh tersadai kat genting menyambut raya dengan cara aku sendiri.. :{

Rindu dulu2 kacau rendang kat kampung

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Hari Raya 2010

Esok lusa dah nak raya kan.. Walaupun aku malas..aku buat juga la ucapan pendek melalui blog aku ni.. Di kesempatan ni nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri pada..

Pembaca blog ni..dan blog yang satu lagi LINK

Rakan2 di mana sahaja..

Saudara mara..

Adik beradik seperjuangan..

Adinda2 jemaah Sri Hartamas Mont Kiara..

Selamat menyambut hari raya..kalau memandu balik kampung berhati2 semasa memandu..jangan tergopoh gapah nak cepat.

Ampunkan salah silap aku kalau ada terkasar bahasa atau kelakuan.. manusia mana tak buat silap. Sekian terima kasih..

Selamat Hari Raya Idulfitri 2010..!!

p/s : Dalam kita bergembira..jangan lupakan mereka yang berduka. Anak2 Palestin..orang2 miskin..anak2 yatim dan mereka2 yang tidak mampu untuk bergembira sebagaimana kita di hari raya.


Luah Perasaan

Seminggu dua ni lagu2 raya dah mula berkumandang di radio dan televisyen.. menambahkan kemeriahan untuk syawal yang akan menjelma sehari lagi semasa artikel ni ditulis.. Tapi secara jujurnya raya tahun ni tak mendatangkan apa2 kemeriahan pun bagi aku..

Aku cuma tumpang gembira melihat rakan2 balik kampung..

Ini kali pertama aku beraya di Kuala Lumpur..dan aku pun tak ingat bila kali terakhir aku menyambut idulfitri di kotaraya ni. Kalau dulu waktu macam ni aku dah ada di kampung..berkumpul dengan saudara mara aku.. Masak lemang..dodol..buat rendang kat belakang rumah dan sebagainya. Bila malam aku dan sepupu2 akan main mercun.

Asap mercun dan asap bunga api..bila bercampur seolah2 menampakkan rumah kampung aku sedang terbakar.

Rumah tok aku biasanya akan riuh rendah..dengan jerit pekik sanak saudara. Itu cerita di Kuala Pilah.. Negeri Sembilan.. Tahun lepas masih begitu kemeriahannya.

Tapi tahun ni..semua tu dah jadi memori..aku cuma boleh mengenang saat2 indah masa tu yang kini dah berlalu dibawa oleh masa yang berputar. Datuk2 dan nenek aku dua2 belah dah tak ada.. yang ada cuma datuk belah mak dan nenek sebelah bapa. Itu pun mereka dah menetap bersama anak2. Rumah di kampung cuma naik semak samun..

Tak ada lagi dendangan lagu 'Balik Kampung' oleh arwah Sudirman mengiringi perjalanan keluarga aku pulang ke kampung. Aku rasa tahun ini raya memang tak mendatangkan apa2 kegembiraan pun bagi aku.. Dan masih cuba menyesuaikan suasana raya di KL yang tidak seindah dan semeriah di kampung.

Sebab itu bulan ini aku cuma menulis tentang memori raya di kampung..sebab itu sahaja yang aku mampu buat. Mengenang waktu dulu yang dah berlalu pergi..

Tahun ni juga..

Kali pertama aku menyambut raya tanpa seorang ayah..dan mak aku menyambut raya tanpa seorang suami.

Semuanya hambar..

Arwah bapa aku meninggal selepas raya tahun lepas kerana serangan jantung yang datang secara tiba2. Al-Fatihah..

Selamat Hari Raya..!

Friday, September 3, 2010

Mencari Lailatul Qadar


Ini sudah malam
ke-25 umat islam berpuasa.. dan lagi 5 hari kita akan menyambut hari raya idulfitri. Bagi aku pejam celik jer dah tak sampai sebulan kita nak beraya..ker aku yang selalu pejam di siang hari di bulan ramadhan ni..? haha.

Kata ustaz..malam 10 yang terakhir akan ada satu malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar.. iaitu yang malamnya jika kita beribadah lebih baik dari seribu bulan. Jadi 10 malam terakhir ini aku rajin ke masjid berjemaah dan solat terawikh. Mana tahu terkena malam lailatul qadar.. untung tu pahal banyak. Malah 70ribu malaikat turun malam ni membawa rahmat.

Mudah2an segala amalan aku diterima olehNya..

Dan kemudian aku mencari lagi..

Tanda2 malam lailatul qadar..

Yang kujumpa dari sumber sahih mengatakan..malam al-qadr itu lebih tenang dari biasa..lebih nyaman dan membahagiakan. Bagi aku setiap malam di bulan ramadhan adalah malam yang membahagiakan..jadi macam mana..?

Jawapannya..

Kita kena rasa dengan mata hati..kalau nak melihat..Insyallah nampak atau rasa.

Pernah aku dengar satu cerita yang sangat sahih..pernah suatu malam ke-27 Ramadhan..seorang lelaki duduk dianjung rumahnya memerhatikan langit yang cerah dihiasi dengan bintang2 bergemerlapan.

Juga ada bulan yang terang benderang.. Tiba2..

Dia lihat seorang lelaki menunggang kuda di langit..menuju ke bulan. Dengan tidak semena2 angin bertiup kuat..tetapi bukan sebab hendak hujan..dan pokok2 pula seolah2 tunduk rukuk. Kalau ada yang mahu percaya atau tidak..terpulanglah. Dunia ini memang sentiasa berlaku sesuatu yang berada diluar kepercayaan kita.

Tadi aku solat terawih di masjid.. Budak2 kecik lari dan buat bising..malah menggangu saf orang dewasa. Masa aku kecik arwah bapak aku akan jeling dengan tajam di masjid untuk pastikan aku solat di barisan kanak2.. Bila arwah bapa aku jeling aku jadi takut..aku akan berdiri tegak macam nak sembahyang..

Bila orang mula solat..

Aku sambung main sepak terajang dan kejar2 di belakang..

Bila dah nak habis..

Aku akan pura2 tahiyat akhir.. Haha.

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan : Me Back In 90's - Ep. 2

Sambungan dari LINK

KAD RAYA DAN KETUPAT

Masa di sekolah rendah sekitar tahun 1995-1999 setiap kali tiba bulan ramadhan benda paling popular masa itu dikalangan orang ramai adalah kad raya yang berwarna warni. Tetapi ramai juga yang berminat dengan kad raya animasi.. yang diatasnya ada lukisan komik mencuit hati dan lucu.

Jadi dibulan ramadhan manusia akan berebut-rebut untuk mendapatkan kad raya itu di kedai2 berdekatan yang menjual. Biasanya disekalikan dengan sampul surat agar mudah pula kita nak mengirimkan kad tersebut tanpa perlu beli berasingan.

Maka pejabat pos pun sibuk nak menghantar kiriman2 kad raya setiap kali bulan ramadhan. Di sekolah rendah.. kadang2 aku akan bertukar2 kad dengan rakan2. Masing2 mencari idea apa yang mahu dituliskan di atas kad.. ucapan dan sebagainya. Daya kreativiti pun terserlah bila macam2 corak tulisan dilakarkan..

Teringat lagi betapa sibuknya aku membeli kad raya jenis animasi dan kemudian bersusah payah menulis diatas setiap keping kad untuk dikirimkan pada rakan2 walaupun jarak rumah antara kami semua tidak seberapa. Mahu lebih advance pula dan kalau ada wang lebih, kad raya yang mengeluarkan irama lagu raya bila dibuka pula yang menjadi pilihan.

Itu zaman sebelum wujudnya budaya SMS..

Dan secara jujurnya..

Aku rindukan zaman itu..

Di kala teknologi khidmat sistem pesanan ringkas masih belum menghambat kita..

Aku rasakan di zaman itu kita lebih ikhlas bila berusaha menunjukkan kreativiti masing2 di atas sekeping kad untuk membuat ucapan berbanding kini, yang segalanya di hujung jari bila mahu mengucapkan selamat bila tibanya ramadhan ataupun hari lebaran. Itupun dipendek2an bahasanya untuk menjimatkan ruang handphone dan kos sms.

Kini segala2nya menjadi mudah.. tiada lagi suasana saudara lelaki yang mencari daun pokok kelapa di luar rumah..manakala di dapur makcik2 dan sepupu2 perempuan aku yang sibuk anyam ketupat.. Kadangkala aku akan ganggu mereka melakukan kerja. Pernah juga aku belajar anyam ketupat dengan arwah nenek aku.. tapi kalau dah tangan lelaki tetap sukar nak melakukan sesuatu yang memerlukan aku melembutkan tangan untuk sesuatu yang agak seni.

Dan bila daun kelapa sudah siap dianyam, kaum wanita pula akan sibuk memasukkan beras kedalam lubang2 kecil disebalik anyaman tersebut untuk direbus dalam sebuah kuali yang besar untuk proses berikutnya.

Itu dah berlalu..sekarang kalau mahu makan nasi impit cuma perlu beli yang packing di kedai.. balik rumah cuma buka dan rebuskan.. kemudian tidak sampai 10 minit dah boleh dihidangkan pada orang ramai.

Generasi hari ini..

Masih adakah lagi yang tahu melakukan perkara seperti itu..?

Bersambung..

Akan Datang : Buluh dan Meriam

23 Ogos, catatan dari Kuching, Sarawak.


Bumi Kenyalang


Lokasi : KLIA Jam : 9.45am

Pagi di KLIA tadi agak indah meski cuaca sedikit mendung.. biasalah hari ahad selain membosankan juga mendamaikan.

Pukul 10.45 am..masa untuk berlepas masuk.

Hampir 1jam dan 45 minit di dalam perut pesawat..

Akhirnya sampai ke tempat yang penuh nostalgia bagi aku.. Kuching, Sarawak.. bumi yang penuh mendamaikan dan menyenangkan. Biar tidak sehappening semenanjung sana..namun ada sesuatu yang menarik perhatian disini.. sukar nak diungkapkan dengan kata2.

Lama tidak pulang.. tapi hanya tidak sampai seminggu disini bercuti..

Ahad ini..

Pulang semula ke ibukota Kuala Lumpur yang penuh dengan jerit pekik manusia.


Friday, August 20, 2010

Kisah Ramadhan : Melayu Tipikal

Gambar Hiasan

Ini kisah benar pada diri aku..

Kisahnya berlaku malam semalam..

Malam yang indah di bulan Ramadhan..

Seperti biasa selepas terawikh jika ada kelapangan aku akan ke kedai makan kawan aku di Bukit Bintang.. sekadar lepak2 sebagaimana anak muda lain.. menghabiskan waktu malam di ibukota yang semakin membosankan.

Jadi..dari rumah sewa aku di Cheras..aku memandu satria neo aku ke Bukit Bintang..

Meter kereta aku semasa memandu menunjukkan kelajuan 100km per jam.

Dalam perjalanan.. kereta aku diikut atau dalam istilah bahasa Melayu pasarnya dicucuk rapat dari belakang..

Bukan Ferrari pun..

Cuma kereta proton wira buruk..

Jadi aku beri lampu isyarat kekiri untuk beri laluan pada dia memotong..

Bila aku kekiri dia pun kekiri..jadi aku kekanan balik.

Semasa dia memotong dia menunjukkan isyarat 'Mesra' pada aku..aku pun tak faham kenapa dia begitu 'mesra' pada bulan puasa yang penuh keberkatan ni.

Aku perasan..pemandu itu Melayu.

' Tipikal Melayu '..fikir aku lagi..

Kelam kabut..

Kereta standard..cuma ekzos saja yang besar.. Tapi dia sudah rasa hebat dengan mesin buruknya yang sudah layak dilupuskan di tempat pembuangan sampah..

Kasihan..

Typical Malays..whatever la moron.

Melayu..

Kadang2 bawa proton saga..

Tapi Honda Civic pun dicucuknya..


Pagi Ramadhan

Hari ni aku bangun pukul 5 untuk bersahur.. suasana pagi yang hening.. langit cerah dan bintang masih bergemerlapan dengan indahnya di dada langit ibukota Kuala Lumpur.

Hari ke 10 umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke-3..

Syukur Alhamdulillah dengan kurniaNya..

Pagi ini cuma bersarapan dengan juadah yang ringkas sahaja.. Tidak perlu sebanyak waktu berbuka..

Sambil bersahur.. sempat memerhatikan di kaca television, siaran astro Awani..

Penderitaan mangsa banjir di Pakistan..

Fenomena alam tidak mengenal waktu dan tempat..

Mereka merintih dan menangis.. mengharapkan simpati.

Timbul rasa secebis keinsafan dalam diri..

Betapa bertuahnya kita hidup di bumi ini yang tidak punya masalah dengan makanan yang berkurangan.. meski segelintir manusia menjadi semakin lalai dan bodoh dengan nikmat yang berlebihan..

Ini ujian atau bala dariNya..?

Selamat bersahur dan berpuasa..!

Mata jadi kuyu semula.. tapi azan subuh sudah berkumandang..


Wednesday, August 18, 2010

Kismis Minda

Gambar Hiasan - Kredit LINK

Tadi keluar sekejap ke ibukota Kuala Lumpur.. mencari barang untuk menyambut ketibaan syawal kurang sebulan lagi.

Jalanraya di Kuala Lumpur sesak teruk..

Kepala jadi pusing..

Jiwa jadi kacau..

Dugaan..

Kemudian aku perhatikan meter minyak kereta aku.. sudah tinggal sikit. Kebanyakannya habis di jalan2 raya sesak di ibukota.. dugaan lagi. Dalam kekalutan aku pergi mencari stesen minyak terdekat..kemudian nampak sebuah stesen minyak petronas..aku pun singgah.

Semasa sedang mengisi petrol ke dalam tangki minyak..datang seorang budak..

' Assalammualaikum abang.. nak beli kismis minda dan kalendar Islam tak..? '.. katanya.

' Bolehlah dik..bagi kismis tu satu.. seringgit kan..? '..kata aku.

Untuk pengetahuan korang..aku tak pernah menolak kalau budak macam tu..dengan imej bersongkok atau berkopiah dengan baju Melayu biasanya.. datang menjual kismis. Bukan mahal pun..seringgit jer.

Masa budak tu berlalu pergi.. aku terfikir..

' Boleh jadi pandai ke makan kismis yang kononnya didoakan ni..? '..

Aihh..

Nama Islam pun dah diguna pakai untuk melariskan jualan sekarang ni. Kismis minda..jus tok guru.. Segala2nya nak diislamikkan..

Dan manusia yang mahu lebih islamik pun..terpengaruh.

Kasihan budak itu.


Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan : Qalesya

Pukul 5 pagi..aku bangun sahur dalam keadaan yang separuh sedar selepas jam handphone aku mengeluarkan bunyi alarm yang annoying. Hampir2 sahaja aku mencampakkan HP tersebut kerana menganggu nikmat tidur aku yang keletihan kerana ada kelas latihan silat malam tadi.

Dalam kemamaian aku berjalan ke dapur mengambil nasi.

Masa masih banyak ada 40 minit lagi untuk bersahur.. Al
hamdulillah sudah masuk hari ke-8 umat Islam di Malaysia berpuasa.

Dalam pukul 5.30 am aku buka rancangan astro.. kalau tidak silap siaran 105. Masa itu ada sebuah drama Melayu bertajuk Qalesya. 'Ohh ada musi
m kedua rupanya rancangan ni'..fikir aku dalam hati.

Tahun lepas ada juga aku menonton musim pertama..tapi hari ini baru aku tahu ia ada musim kedua. Biarlah..bukan drama kegemaran aku pun.

Siapa yang sempat layan Qalesya tadi..watak cikgu itu s
angat kelakar bukan..?

Tapi..watak Qalesya itu sangat naif..kadang2 aku jadi hairan kenapa dia begitu naif.

Ehh..ada watak baru iaitu budak perempuan jahat b
ernama Shakira.

Cuba google dalam internet.

Nabila Dally namanya..

Comel..
Nabila Dally

P/s : Satu2nya drama Melayu yang aku layan di bulan puasa keseluruhan episod cuma Diari ramadhan Rafique. Miss the french boy who had to learn how to puasa during his time in Malaysia.. and the ' Jejak Rasul ' documentary.

We should make more good stories to cheer us up during ramadhan.


Ramadhan : Bazaar

Aku baru sahaja balik dari bazaar Ramadhan di tempat aku. Bulan puasa kita menahan lapar dan dahaga sepanjang hari..lepas subuh sampai terbenamnya matahari. Jadi bila nak dekat waktu berbuka semua jadi meriah di bazar Ramadhan.

Siapa kata bila bulan puasa kedai makan rugi..? aku rasa mereka untung berlipat kali ganda. Suasana di bazaar Ramadhan hanya boleh dirasai kemeriahannya di bulan puasa. Itu yang menariknya..

Di bazar Ramadhan bukan sahaja kelibat orang Melayu yang kelihatan..

Tapi ada Cina..India dan Punjabi..

Ditambah pula dengan..

Myanmar..Bangla..Negro..orang Nepal..Vietnam..Cina Bukit..Hindu Tamil Naidu dan sebagainya.

Inilah yang dinamakan semangat 1 Malaysia.

Masa berjalan2 di bazaar..pandangan aku tertumpu pada gadis2 comel yang berpeleseran membeli juadah berbuka.

Aku lelaki..biasalah kan..?

Ada pula yang seksi..pakai seluar pendek nampak bontot dan baju nipis nampak lurah tetek*.

Ohh..

Kurang sudah pahala puasa aku.

Siapa yang tak tahu, ini namanya Nasi Kerabu. Favorite aku.

* tetek is a kinda bad and impolite words to say. But do i care..? Haha.

Pict Kredit LINK

Monday, August 16, 2010

Malam Ramadhan Di Ibukota - Bukit Bintang

Hari ini..sewaktu artikel ini ditulis sudah masuk hari ke 7 umat Islam di Malaysia menyambut bulan Ramadhan. Dan sewaktu artikel ini ditulis jam di dinding rumah sewa aku menunjukkan pukul 8.21 pagi waktu Malaysia..tapi dari semalam aku belum tidur lagi. Jadi jari2 bergerak menekan papan keyboard dengan harapan aku leka dan kemudian aku mengantuk dengan sendiri.

Waktu tidur aku sudah lari..

Terawikh pula sudah banyak kali aku ketinggalan..

Malam2 aku di Kuala Lumpur pada bulan Ramadhan ni adalah sama..kalau hari selasa dan rabu aku akan berlatih di kelas silat seperti biasa. Selain dari itu akan melepak di kafe kawan aku pada tiap2 malam. Kafe dia terletak berhadapan dengan Dewan B
ahasa dan Sekolah Menengah Victoria berhampiran kawasan Bukit Bintang.

Apa aku buat disitu..? Disitu tempat aku dan kawan2 lama sekolah aku di SMK Dato Onn dahulu berkumpul menghabiskan malam2 yang membosankan di ibukota.

Hisap rokok..merapu..hisap rokok..sambung merapu.

Ibukota..dah tiada lagi tempat yang boleh menarik perhatian a
nak kota seperti kami lagi. Malah Bukit Bintang yang dulu menjadi tempat permainan kami waktu sekolah pun dah kelihatan semakin hambar.. Masa zaman belum ada lesen dulu..ambil masa 15minit jer nak jalan kaki ke Bukit Bintang.

Aku selalu menyebut Bukit Bintang dalam tulisan aku..sebab tempat itu penuh memori bagi murid2 Victoria..St John..Dato Onn dan lain2 bagi kami. Itu te
mpat kami ponteng sekolah dan menghabiskan masa di hujung minggu dahulu..agak lama sebelum Times Square wujud lagi.

Bila aku habis sekolah.. tempat2 itu dah menjadi sekadar memori zaman persekolahan kitorang. Sudah 7 tahun.. Bukit Bintang itu pernah menjadi kawasan badut sarkas - dengan kemunculan budak2 berimej Gothic sambil bawak payung walaupun cuaca tengah panas. Katanya pengaruh My Chemical Romance.

Itu semua dah berlalu..

Tapi sekarang..

Berkumpul dengan rakan2 lama di kafe milik rakan aku ni dengan kawan2 sekolah dahulu lebih bermakna..daripada tersadai di Pavillion jual muka..tapi dalam
poket cuma ada tak sampai RM50.. lebih baik menghabiskan masa di sini.

Kadang2 kami ketawa bila melihat anak muda ambil gamb
ar di depan Pavillion atau Times Square..kerana kami dah agak dan tahu..pasti dia bukan dari KL ataupun baru hendak mengenal kehidupan di ibukota.

Hujung minggu ni..aku akan ke Damansara Uptown seperti biasa.

Itu kisah hidup aku yang membosankan di bulan Ramadhan
..di ibukota.


Itu ucu..bos kafe Tok Perak. (kredit pict to Oma)

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan : Me Back In 90's

Pertama sekali..selamat menyambut puasa kepada korang2 yang diluar sana. Semoga bulan ramadhan tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua - ayat klise lagi skema setiap kali bulan puasa tiba tiap2 tahun.

Tahun ini aku menyambut bulan puasa dalam umur 23 tahun..alhamdulillah dipanjangkan lagi umur aku untuk menyambut puasa tahun ini. Yang sedihnya ini kali pertama aku berpuasa tanpa seorang bapa..selepas pemergian ayahanda aku ke rahmatullah pada Nov 2009 lepas. (LINK) Tapi tak apa..manusia datang dan pergi.

Semalam aku berbuka puasa di Kota Damansara..rumah aunty aku bersama keluarga dia. Lepas habis berbuka..aku teman adik2 sepupu aku yang kecik2 main bunga api kat luar rumah. Diorang main bunga api..aku hisap rokok. Uncle dan aunty aku kat dalam..jadi aku la jaga diorang kat luar. Adik2 sepupu aku main kat atas jalan raya diantara deretan2 rumah teres 2 tingkat.

Kasihan adik2 sepupu aku sebab diorang dah tak merasa beraya di kampung macam aku kecik2 dahulu. Datuk aku dah berhijrah ke KL duduk dengan keluarga kat sini..manakala nenek aku dah meninggal 2007 lepas. Jadi keluarga aku beraya di KL lepas ni..

Ingatan aku berbalik pada sekitar tahun 1994-1998 masa aku di sekolah rendah. Setiap kali puasa dan raya rumah separa papan separa batu datuk aku akan riuh rendah dengan pekikan dan lolongan cucu2 mereka yang buas macam anak jin iprit. Cucu dia sahaja dah dekat 20 orang.. Kebanyakan pulak lelaki. Jadi tunggang langgang rumah tok aku dikerjakan.

Kerusi dan meja dalam rumah habis berterabur..sebab kitorang susun2 kerusi tu dan kemudian sambung2kan dan assume perabot tu semua macam dalam kapal. Arwah nenek aku selalu pening kepala.. sebab dia seorang yang sangat pembersih dan kemas. Masa dulu..arwah bapa aku selalu bawa balik berkotak2 bunga api dan mercun. Dia beli harga murah jer..sebab nama pun dah pegawai tentera..kabel kat luar macam polis ramai.

Di depan rumah tok nenek aku ada suatu kawasan yang luas..kiri kanan pula hutan..jadi disitulah medan perang mercun kitorang. Masa kecik aku diberitahu yang setan masa bulan puasa kena ikat kat pokok..jadi aku selalu bakar dan target pokok2 kat keliling rumah kampung aku dengan mercun dan bunga api dengan harapan setan2 yang kena ikat tu akan sakit dan mati.. Jadi aku akan dapat banyak pahala sebab dah berjaya bunuh hantu dan setan menggunakan mercun..

Bersambung..
* aku nak tidur kejap lagi nak bangun sahur*

Saturday, July 24, 2010

Ujian Hidup

Hari ini hari sabtu..

Malam minggu untuk anak muda keluar bergumbira dan bertemasha* bersama rakan2..
Biasanya aku akan keluar malam minggu ini dengan rakan2..tapi hari ni aku cuma duduk di rumah sahaja. Kebetulan cerita di astro banyak yang agak menarik jadi aku melekat di depan TV sahaja.

Tiba2 aku sangap..

Jadi aku terus capai sebatang rokok..dan duduk di hadapan rumah sambil melayan perasaan. Pemandangan di hadapan hanyalah deretan rumah2 teres usang sambil 2-3 kelibat anak muda sedang membaiki motosikal masing2.. dan pakcik2 yang sedang bersembang di hadapan rumah.

Ingatan aku kembali ke waktu dahulu..

Rumah lama aku sebelum ini adalah banglo diatas bukit.. kalau kita duduk di depan maka akan kelihatanlah dengan jelasnya bandaraya Kuala Lumpur..KLCC..Menara Kuala Lumpur dan hatta Genting Higlands sekali pun. Memang indah..

Fasilitinya juga lengkap..ada pengawal..ada kolam renang besar.

Tapi Allah SWT sentiasa menguji hamba2Nya..
Kerana sejak kematian arwah ayah aku pada November lepas.. keluarga aku melalui kehidupan yang agak sukar..

Jika dahulu..kami berbelanja tanpa risau.

Tapi sekarang..

Segalanya perlu diteliti..semuanya perlu dikawal.

Tapi aku yakin tuhan itu maha adil..segala yang berlaku mesti ada hikmah.. Asalkan kita semua bersabar dengan ujianNya.

Dahulu aku tak pernah kenal jiran..bertegur sapa jauh sekali. Kerana jarak rumah yang jauh antara satu sama lain.

Tapi sekarang..

Aku dah mula belajar erti dan suasana hidup berjiran.

Mereka tidak seperti datuk dan datin yang pernah menjadi jiran aku dulu.. Mereka hidup lebih sederhana..mampu mengukir senyuman walaupun kehidupan tidak semewah golongan bangsawan diatas hierarki kehidupan mereka. Mereka tolong menolong bila ada kenduri..tidak perlu upah orang untuk lakukan itu dan ini.

Apa yang penting adalah..

Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada.

apa dugaan pun..jangan sampai menghalang kita dari terus mengukir senyuman..!

* aku kadangkala suka menggunakan Bahasa Melayu klasik.

Friday, July 23, 2010

Uptown

Pukul 8 tadi kawan aku telefon kata nak ajak layan midnight movie iaitu cerita Sorcerer's Apprentice. Disebabkan kebosanan melanda aku pun jadi riang ria sekurang2nya ada benda yang aku boleh buat malam sabtu ni.

Tapi kawan aku boleh buat lawak..

Tiket dia belum tempah sebenarnya..jadi harapanlah kan nak layan filem tersebut malam ni. Manusia yang tempah terlalu ramai. Tak apa..minggu depan masih ada.

Untuk menggantikan rancangan menonton filem yang tergendala..

Aku dan 2 lagi rakan ambil keputusan memandu ke medan selera Uptown Damansara. Kamu tahu..Uptown adalah tempat lepak kegemaran saya dari dahulu. Disitulah tempat aku memborong DVD cetak rompak..disitu juga aku menjamu selera.

Lebih gemar aku kesitu dari Desa Sri Hartamas sebab kawasan tersebut penuh sesak.. Lagipun kalau di Desa Sri Hartamas..mesti akan ada kawan aku. Dan aku paling malas untuk tegur orang yang aku kenal.

Kalau tak tegur dikatakan sombong.. sebenarnya aku kalau ada tujuan..lebih suka privacy.

Jadi Uptown Damansara adalah tempat yang paling nyaman bagi aku. Disamping makanan yang sedap dan pelbagai..

Aku juga boleh melihat telatah manusia ibukota yang pelbagai..

Lebih menarik..

Kehadiran awek2 cun disitu.

Biasalah..

Lelaki solo macam aku hanya boleh usya awek orang.. :P

Dalam perjalanan balik..aku dan rakan ambil keputusan pusing sebentar di bandaraya Kuala Lumpur menghabiskan minyak Satria Neo aku..

Panorama malam di Kuala Lumpur pun dah menjemukan aku. Tiada apa yang menarik..Segalanya kelihatan sama..dan aku jadi buntu memikirkan jenis hiburan baru yang aku boleh dapat di Kuala Lumpur.

Dalam kepala berfikir..

Entah bila aku dapat mengembara mengelilingi dunia. Melihat keindahan Venice ataupun Amsterdam..

Kelab malam..?

Aku dah muak.

Futsal..?

Aku kaki bangku.

Thursday, July 22, 2010

Chenta Hati

Baru2 ni aku tanya kawan aku.. kenapa sejak dua menjak ni aku tengok dia seperti hilang semangat.. tak banyak cakap..rambut serabai..kalau cakap pun merapu. Lepas itu dia cakap..

"Naz..aku baru putus cinta..awek aku sudah tinggalkan aku"..jelasnya sambil buat muka seposen mintak pelempang.

Dulu masa bercinta..tak ingat dunia. Segalanya indah..

Kau la bulan kau la bintang.

Aku kumbang..kau bunga.

Dulu janji sehidup semati..sekarang kau mati la sorang2.

Dahulu aku pun pernah lalui benda yang sama.. Masa bercinta dicurahkan sepenuh kasih sayang sehingga 110 peratus..seolah2 kita yakin itulah chenta sehidup semati kita. Bila putus..makan tak lalu..mandi tak basah..dan jiwa jadi kacau la konon.

Zaman sekarang cinta orang boleh buat main2..tak ada yang serius lagi.

Mula2 kau la cinta sehidup semati aku..

Esok datang orang baru..bawak Ferrari..tiba2 dia la chenta baru aku.

Chenta lama yang cuma bawa Honda Ex5 jadi terpinga-pinga..

Jangan jadi hamba cinta dowh kawan2. Kalau frust menonggeng..pergi lepaskan tekanan kat karaoke jamban sorang2..nyanyi lagu Tomok banyak2..lebih baik dari layan perasaan dan menangis sorang2 macam bapok.

Lainlah kalau dia dah jadi bini..

Kotaraya

Pagi tadi aku pergi uruskan duit pencen arwah bapa aku di Maju Junction..betul2 di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Dari Cheras aku bertolak pukul 8.30 am.

Dalam perjalanan..jalanraya KL seperti biasalah sesak teruk.

Tahu kenapa jalan sesak..?

Memandu perlahan tapi ikut lorong kanan..

Mat motor cilok tak tengok kereta..yang bawa kereta pula kena break untuk mereka. Kalau dilanggar mereka accident salahkan pemandu kereta pula..

Bila lampu isyarat hijau..yang kat depan lembap macam siput nak jalan.

Suka2 hati nak potong Q..

Manusia bangang yang tak tahu nak bagi lampu signal ketika membelok.

Itu semua sedikit sebanyak punca jalan sesak..memandu dalam kota tidak sama memandu di Cameron highlands untuk makan angin. Kita semua ada urusan nak diselesaikan.. Belum lagi campur dengan segala projek menurap jalan ditengah kesesakan lalulintas.

Bila sesak pemandu di kota jadi tertekan..belum lagi tekanan di tempat kerja. Sekarang harga minyak naik 5 sen. Kerajaan kata sikit..itu kata mereka.

Rakyat biasa tak macam menteri atau raja..

Kalau lalu ada polis iring..suruh orang ketepi atau kekanan untuk bagi laluan pada mereka..

Kemudian rakyat..

Jadi bertambah bengang..

Hospital

Ini aku baru sahaja balik dari hospital sebab melawat makcik aku yang kemalangan jalan raya minggu lepas. Dia baru sahaja lepas pembedahan.. Dan sekarang dia ditempatkan di hospital swasta..betul2 di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Kalau dah nama pun hospital swasta..mestilah cantik. Jururawatnya pun comel2 dan sedap mata memandang. Sempat juga aku mengusyar seorang dua..

Bukan apa..

Sahaja nak panaskan suasana dan badan..pasal penghawa dingin dalam hospital itu terlalu kuat..menggigil aku dibuatnya. Itu belum lagi kalau tiba2 aku terserempak hantu di hospital tu..mahu keras aku dibuatnya.

Makanan di hospital tu untuk pesakit pun sedap2..

Masa balik pakcik aku kata..


"Bagus kakitangan kat hospital ni..peramah belaka". Kemudian aku yang mendengar pun berfikir..

Memanglah layanannya bagus..sebab bayaran untuk terima rawatan sahaja dah beribu2 ringgit seminggu. Salah satu sebab kenapa kita bayar mahal untuk ke hospital swasta adalah kerana cas senyuman dan rawatan mesra itu.

Tiba2 aku teringat..


Layanan yang diterima oleh pesakit di hospital kerajaan..

Inilah dunia..


Segala2nya perlukan duit..hatta senyuman dan keramahan sekalipun.

Waktu kita senang..kita ingat tidak pada mereka yang memerlukan..?


Burger

Sekarang ini aku baru sahaja balik dari bersenam di kawasan rekreasi berdekatan rumah aku.. Jadi terasa sihat sikit.

Masa aku balik..tiba2 perut lapar..

Jadi hajat mahu singgah di kedai burger di kawasan rumah aku..

Aku pun order burger oblong ayam satu..iaitu kegemaran aku. Aku perhatikan sahaja abang itu buat burger.. tiba2 aku rasa bengang pasal abang itu sangat pengotor. Kenapa dia tidak tahu menggunakan sarung tangan..? Angkat roti..angkat daging..gunakan tangan yang dah berpeluh..

Kemudian..kain kotor digunanya untuk lap tangan..

Selera aku tiba2 hilang.. Kenapa sesetengah peniaga Melayu sangat kotor dalam aspek penyediaan makanan..? Bukankah Islam mengajar kita untuk mengamalkan kebersihan..?


Abang burger itu mungkin tak tahu..penyediaan makanan yang tidak teratur boleh menyebabkan penyakit merebak.

Tapi..itu lah makanan sedap yang paling sedap dan murah untuk rakyat marhaen seperti aku.

Burger dari gerai tepi jalan..

Kita bukan selalu banyak duit untuk makan McD tiap2 hari..akui sahaja.

Tapi rakyat marhaen pun berhak dapat makanan yang bersih dan sedap.

Lebih baik makan burger murah daripada kena tipu dengan harga buffet di hotel yang sampai RM100 satu kepala..paling kuat pun jumlah yang kita makan cuma RM20.

Justin Bieber

Dulu keluar lagu Baby nyanyian Justin Bieber..aku juga suka. Sekali sekala aku akan pasang dalam kereta..masa itu video klip nya pun masih belum keluar di you Tube. Tapi sudah perangai aku..bila orang ramai sudah mula memuja budak kecik itu..

Aku jadi menyampah..

Kamu tahu..ada seorang rakan aku umurnya sudah lebih 20 tahun..

Memperbodohkan diri untuk kelihatan seperti Justin Bieber..dari gaya rambut sehingga ke gaya berpakaian.. Bersusah payah untuk mengikut imej seorang budak kecik.

Itu budak sekolah.. kita kena tahu bila dan situasi untuk mematangkan diri.

Justin Bieber mengingatkan aku pada Nick Carter dari Backstreet Boys. Zaman 90an dulu boy band sangat digilai tahu..dan aku pernah beranggapan dahulu semua ahli boy band itu adalah manusia homoseksual.


P/s : and i was like baby..baby..baby oohh.. Harhar..!

Wednesday, July 21, 2010

Lagu Tidur

Ok..aku baru sahaja balik dari demonstrasi silat di kolej lama aku jadi aku sangat penat. Namun disebalik kepenatan dan kesakitan kerana dibedal dalam demo.. aku tetap juga punya keinginan untuk menaip sesuatu dalam blog baru aku ini.

Bila nak tidur..ada 2 benda aku selalu akan buat iaitu yang pertama cari buku2 untuk dibaca. Biasanya aku akan bertahan selama paling lama pun 30 minit dan kemudian aku akan tidur. Bukan aku tidur kerana bosan..tetapi sebab aku mahukan sesuatu yang berilmiah masuk didalam kepala otak aku sedikit sebanyak sebelum beradu.

Kalau susah tidur aku ada cara lain.

Yang keduanya aku akan memasang lagu kegemaran aku. Aku minat banyak jenis muzik.. kalau sesiapa kenal lama dengan aku pasti tahu semua lagu aku sebat dan boleh masuk KECUALI lagu jiwang2 karat Melayu yang menangis dan merintih kerana kechewa ditinggal chenta hati.

Malam ini aku tidur dan akan didodoikan dengan suara mendiang Joey Ramone iaitu vokalis Ramones..band Punkrock yang popular sekitar tahun 70an. Muziknya tidak sebingit punk hari ini..dan petikan gitarnya juga hanya mempunyai 3-4 kord sahaja. Ini adalah band lagenda kamu tahu..?!

Jadi selamat malam..! Sleeping Mode : Rock N Roll babeh..!

Ini adalah band pujaan aku tau..!


Duyung Aridinatha

Semalam disebabkan kebosanan yang melanda aku sempat buka TV3.. Kebetulan ketika itu sebuah drama Melayu bertajuk Duyung Adirinatha (susah nak sebut) ditayangkan. Suatu permulaan yang bagus untuk industri seni tanah air sebab dah mula lakukan perubahan. Tak adalah kisah Dato' Kassim yang cuba menggulingkan Tan Sri Hashim untuk mendapatkan Kencana Holdings lagi.

Cuma aku bosan melihat kelibat Fasha Sandha dengan gaya rambutnya yang sangat menjengkelkan dan tidak kena itu. Dan yang memegang watak bapanya pula adalah Eizlan Yusof. Adakah sudah menjadi trend drama Melayu sekarang yang menggambarkan beza umur anak dan ibu bapa cuma 10 tahun..?

Kepada Fasha Sanda..rambut jenis African Amerika ko itu sangat hodoh yer. Apa sudah tidak ada pelakon lain ker..?

Sekali lagi aku mengutuk drama Melayu. Aku bukan tidak mahu layan drama Melayu..tapi drama Melayu terlalu stereotaip. Bukan semuanya tak best..ingat drama bersiri Cinta Antara Benua tahun 90an dulu..? Itu antara drama yang bagus.

Layan CSI lagi best..

Introduksi Kisah

Jadi bermula lagi sebuah kisah dalam sebuah perjalanan. Iaitu aku sudah memulakan blog baru kerana sebelum ini aku berblogging di wordpress. Tiada apa yang menarik..cuma merapu sahaja.

Ini bukan blog pertama aku..tetapi yang entah keberapa belas. Berblogging adalah suatu cara yang baik untuk kita berinterpretasi dengan diri kita sendiri. Betul atau tidak ayat itu aku tidak tahu..sebab aku sendiri pun main bedal tulis. Asalkan nampak sikit aku ini seorang yang intelektual dari sudut penggunaan bahasa sudahlah..haha.

Kelainan kali ini..aku sendiri pun kurang pasti. Itu cuma masalah kecil yang boleh difikirkan kemudian.

Ini blog abang long sebab aku anak sulung..bukan sebab aku seorang taiko di dalam pertubuhan tiga line atau apa2 pertubuhan yang menggunakan lambang naga..harimau atau sarang labah-labah.

Sekian terima kasih..!

aku ini seorang yang masuk air korang tahu tak..?
Tapi aku tetap seorang yang peramah dan berbudi bahasa. hehe..