Friday, September 17, 2010

Lepas Raya

Damn..semua orang sudah menulis pengalaman hari raya mereka dan aku sahaja belum. Ini sudah masuk raya ke-9 tapi aku masih dilanda perasaan malas yang keterlaluan. Mungkin disebabkan peningkatan kadar lemak dan kolestrol secara rakus selepas sahaja kita habis berpuasa.

Hari ni raya sudah masuk yang ke-9..? Uhh kita sambut raya sampai sebulan ker..? Bila dengar lagu raya di radio tadi tiba2 aku rasa annoying..tak tahu kenapa.

Masa hari raya pertama..aku lambat pergi masjid. Kalau mak aku tak kejut pasti aku akan membuta sampai tengahari seperti biasa. Itu lumrah untuk penganggur berjaya seperti aku..yang cuma menghabiskan hidupnya didepan komputer.

Masuk universiti keluar cuma boleh tanam anggur.

Balik sembahyang raya aku ke Kota Damansara..rumah makcik aku. Kebetulan atok aku ada disana..menetap dengan makcik aku.

Sampai rumah makcik aku..aku cari abang sepupu aku yang
aku tahu ada disana. Cari punya cari dia ada kat bilik bibik, orang gaji makcik aku. Hajat aku nak ajak dia bersembang di pagi raya jadi terbantut. Abang sepupu aku yang dipanggil along tu memang punya rekod cemerlang membuta di pagi raya selama bertahun2.

Kesudahannya aku pun tersadai sebelah dia membuta sampai petang. Mak aku pula jadi masam mencuka sebab aku boleh tidur di pagi raya.

Nak buat macam mana..raya tahun ni bagi aku tak meriah. Aku tak suka sambut raya di Kuala lumpur..dan ini kali pertama aku di KL. Kalau dulu 3 hari terakhir puasa aku dah berkumpul dengan saudara mara kat kampung..huru hara main mercun masak rendang. Raya di KL terlalu hambar.

Lagipun ni kali pertama aku beraya tak ada bapak. Kalau dulu arwah ayah aku akan bising bila malam dan pagi raya..suruh aku dan adik beradik aku bersiap. Kalau malas tolong orang kemas rumah pun kena bising..tapi hari ni tak ada siapa nak marah aku lagi bila aku malas tolong orang kat rumah.. semua jadi sunyi.. Dulu aku tarik muka bila kena bising..hari ni aku rindu nak kena bising dengan arwah ayah pulak.

Hubungan antara keluarga..saudara mara dan sepupu2 aku pun
dah makin longgar. Salah satunya kerana masing2 dah besar..dah ada jalan kehidupan sendiri. Dulu waktu kecik mandi sama2..tak ada hal kau tengok batang pelir aku..aku tengok batang pelir kau. Sekarang kalau nak mandi sama boleh muntah sebab masing2 dah berbulu..ibarat hutan hujan khatulistiwa.

Semoga raya tahun depan akan membawa kegembiraan semula untuk aku.. 2 hari lepas pun aku boleh tersadai kat genting menyambut raya dengan cara aku sendiri.. :{

Rindu dulu2 kacau rendang kat kampung

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Hari Raya 2010

Esok lusa dah nak raya kan.. Walaupun aku malas..aku buat juga la ucapan pendek melalui blog aku ni.. Di kesempatan ni nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri pada..

Pembaca blog ni..dan blog yang satu lagi LINK

Rakan2 di mana sahaja..

Saudara mara..

Adik beradik seperjuangan..

Adinda2 jemaah Sri Hartamas Mont Kiara..

Selamat menyambut hari raya..kalau memandu balik kampung berhati2 semasa memandu..jangan tergopoh gapah nak cepat.

Ampunkan salah silap aku kalau ada terkasar bahasa atau kelakuan.. manusia mana tak buat silap. Sekian terima kasih..

Selamat Hari Raya Idulfitri 2010..!!

p/s : Dalam kita bergembira..jangan lupakan mereka yang berduka. Anak2 Palestin..orang2 miskin..anak2 yatim dan mereka2 yang tidak mampu untuk bergembira sebagaimana kita di hari raya.


Luah Perasaan

Seminggu dua ni lagu2 raya dah mula berkumandang di radio dan televisyen.. menambahkan kemeriahan untuk syawal yang akan menjelma sehari lagi semasa artikel ni ditulis.. Tapi secara jujurnya raya tahun ni tak mendatangkan apa2 kemeriahan pun bagi aku..

Aku cuma tumpang gembira melihat rakan2 balik kampung..

Ini kali pertama aku beraya di Kuala Lumpur..dan aku pun tak ingat bila kali terakhir aku menyambut idulfitri di kotaraya ni. Kalau dulu waktu macam ni aku dah ada di kampung..berkumpul dengan saudara mara aku.. Masak lemang..dodol..buat rendang kat belakang rumah dan sebagainya. Bila malam aku dan sepupu2 akan main mercun.

Asap mercun dan asap bunga api..bila bercampur seolah2 menampakkan rumah kampung aku sedang terbakar.

Rumah tok aku biasanya akan riuh rendah..dengan jerit pekik sanak saudara. Itu cerita di Kuala Pilah.. Negeri Sembilan.. Tahun lepas masih begitu kemeriahannya.

Tapi tahun ni..semua tu dah jadi memori..aku cuma boleh mengenang saat2 indah masa tu yang kini dah berlalu dibawa oleh masa yang berputar. Datuk2 dan nenek aku dua2 belah dah tak ada.. yang ada cuma datuk belah mak dan nenek sebelah bapa. Itu pun mereka dah menetap bersama anak2. Rumah di kampung cuma naik semak samun..

Tak ada lagi dendangan lagu 'Balik Kampung' oleh arwah Sudirman mengiringi perjalanan keluarga aku pulang ke kampung. Aku rasa tahun ini raya memang tak mendatangkan apa2 kegembiraan pun bagi aku.. Dan masih cuba menyesuaikan suasana raya di KL yang tidak seindah dan semeriah di kampung.

Sebab itu bulan ini aku cuma menulis tentang memori raya di kampung..sebab itu sahaja yang aku mampu buat. Mengenang waktu dulu yang dah berlalu pergi..

Tahun ni juga..

Kali pertama aku menyambut raya tanpa seorang ayah..dan mak aku menyambut raya tanpa seorang suami.

Semuanya hambar..

Arwah bapa aku meninggal selepas raya tahun lepas kerana serangan jantung yang datang secara tiba2. Al-Fatihah..

Selamat Hari Raya..!

Friday, September 3, 2010

Mencari Lailatul Qadar


Ini sudah malam
ke-25 umat islam berpuasa.. dan lagi 5 hari kita akan menyambut hari raya idulfitri. Bagi aku pejam celik jer dah tak sampai sebulan kita nak beraya..ker aku yang selalu pejam di siang hari di bulan ramadhan ni..? haha.

Kata ustaz..malam 10 yang terakhir akan ada satu malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar.. iaitu yang malamnya jika kita beribadah lebih baik dari seribu bulan. Jadi 10 malam terakhir ini aku rajin ke masjid berjemaah dan solat terawikh. Mana tahu terkena malam lailatul qadar.. untung tu pahal banyak. Malah 70ribu malaikat turun malam ni membawa rahmat.

Mudah2an segala amalan aku diterima olehNya..

Dan kemudian aku mencari lagi..

Tanda2 malam lailatul qadar..

Yang kujumpa dari sumber sahih mengatakan..malam al-qadr itu lebih tenang dari biasa..lebih nyaman dan membahagiakan. Bagi aku setiap malam di bulan ramadhan adalah malam yang membahagiakan..jadi macam mana..?

Jawapannya..

Kita kena rasa dengan mata hati..kalau nak melihat..Insyallah nampak atau rasa.

Pernah aku dengar satu cerita yang sangat sahih..pernah suatu malam ke-27 Ramadhan..seorang lelaki duduk dianjung rumahnya memerhatikan langit yang cerah dihiasi dengan bintang2 bergemerlapan.

Juga ada bulan yang terang benderang.. Tiba2..

Dia lihat seorang lelaki menunggang kuda di langit..menuju ke bulan. Dengan tidak semena2 angin bertiup kuat..tetapi bukan sebab hendak hujan..dan pokok2 pula seolah2 tunduk rukuk. Kalau ada yang mahu percaya atau tidak..terpulanglah. Dunia ini memang sentiasa berlaku sesuatu yang berada diluar kepercayaan kita.

Tadi aku solat terawih di masjid.. Budak2 kecik lari dan buat bising..malah menggangu saf orang dewasa. Masa aku kecik arwah bapak aku akan jeling dengan tajam di masjid untuk pastikan aku solat di barisan kanak2.. Bila arwah bapa aku jeling aku jadi takut..aku akan berdiri tegak macam nak sembahyang..

Bila orang mula solat..

Aku sambung main sepak terajang dan kejar2 di belakang..

Bila dah nak habis..

Aku akan pura2 tahiyat akhir.. Haha.