Wednesday, June 22, 2011

Kawan Pejabat

Nak kenalkan sama lu orang..ini la dua orang yang paling rapat dengan aku kat tempat kerja. Sebelah kiri nama dia akmal, senior kat tempat kerja. Sebelah kanan nama dia azri, dari Terengganu. azri ni la yang tengah nak buat lesen juruterbang dengan aku..kira bakal pilot juga la..hehe. Masuk air diorang ni..


Kalau tak jumpa kawan yang sama kepala kat tempat kerja, memang tekanan. Tapi kalau dah jumpa yang satu kepala baru syiokk..pasal kita boleh buat huru hara sama-sama macam pejabat tu mak bapak kitorang yang punya.

Haha..

Wednesday, June 1, 2011

Aku, Rabun Jauh dan Rawatan Lasik

Tahun 1995..masa tu aku darjah dua. Sekitar pertengahan tahun tiba2 aku rasa kepala aku sakit macam kena migrain sampai demam sekali. Lepas tu mak aku bawa aku pergi klinik dan doktor kata aku sakit kepala biasa sebab demam jer.

Tapi lepas makan ubat kepala aku masih sakit lagi.

' Bangang punya doktor '..pikir aku dalam hati. Walaupun baru setahun lepas bersunat masa tu, tapi aku dah pandai maki orang. Aku pikir doktor tu bodoh sebab tak periksa aku betul2 sebab walaupun dah makan ubat, sakit kepala aku masih datang balik.

Sampai satu tahap, aku rasa mata aku dah kabur. Lepas dapat nasihat dari kawan mak aku, mak aku pun bawa ku pergi periksa mata aku. Sah la mata aku rupanya dah rabun. Masa tu impian aku nak ikut jejak arwah bapa aku sebagai tentera udara dan juruterbang dah musnah. Mana boleh bawa kapalterbang kalau rabun. Cheh..!

Gua kecewa..

Akhir sekali terpaksa juga buat cermin mata. Masa tu cermin mata aku besar, sampai kawan2 aku panggil cermin mata lalat. Memang nerd habis, hilang kemachoan aku masa tu.

Bila kawan2 mak aku datang rumah, semua cakap aku budak pandai sebab mana tak nya, diorang kata mesti rabun sebab banyak baca buku pelajaran.

Tapi diorang mana tahu..

Aku banyak baca komik dan majalah hiburan. Mana2 aku pergi mesti ada komik, contohnya kegemaran aku masa tu komik dragon ball dan majalah Ujang. Sampaikan tengah makan dan berak sekalipun aku akan bawa sekali majalah2 tu untuk dijadikan teman setia.

Orang lain pening baca buku dalam kereta, aku dalam kereta dalam perjalanan balik kampung, selamba gila baca komik walaupun tengah malam.

Tu pasal aku rabun. Tak ada sebab lain. Kalau nak kata rabun sebab skodeng atau layan CD blue, aku tak bernafsu lagi masa tu.

Masa tu arwah ayah aku tengah lanjutkan pelajaran dia kat Australia, bila dia balik dia buat muka pelik tengok muka aku. Masa tu tahun 1996, tahun kedua lapangan terbang KLIA beroperasi di Malaysia.

Sampai la umur aku 23 tahun, power cermin mata aku dah cecah 400 lebih. Sepanjang pengalaman aku memakai cermin mata ni memang leceh. Bila bangun pagi teraba2 cari cermin mata, bila hilang kelam kabut mencari. Itu belum lagi bila terpijak atau terjatuh. Dah kena ganti yang baru dan yang pastinya kena keluar duit beratus-ratus. Kalau bergaduh aku takut tengah bertumbuk cermin mata lak jatuh..haha.

Dah la disebabkan cermin mata cita2 aku tak kesampaian..

2 bulan lepas, aku buat rawatan lasik kat Optimax Taman Tun Dr Ismail. Sebenarnya dah lama arwah ayah aku suruh buat iaitu sekitar tahun 2004. Tapi masa tu aku takut bila dengar rawatan laser. Sebab dalam kepala otak aku masa tu membayangkan yang laser tu sama dengan pedang laser lightsaber dalam cerita Star Wars. Lebih baik rabun dari jadi buta.

Tak pasal2 aku tak duduk SPM tahun tu..

Tapi apa yang membuatkan aku jalani juga rawatan laser tu adalah kerana surat daripada Jabatan Penerbangan Awam yang suruh aku buat pendaftaran untuk masuk jadi kadet juruterbang pesawat komersial. Disebabkan nak kejar cita2.. aku buat juga rawatan lasik dengan kos RM3500 sebelah mata. Ahh..mak aku yang sponsor..aku mana ada duit..hehe.

Tempoh rawatan pun sekejap..cuma makan masa 10 minit. Tak sakit langsung pun..

Sekarang ni hidup aku dah selesa pasal tak perlukan cermin mata lagi. Cuma mata aku agak kelihatan sepet sekarang ni disebabkan pemakaian cermin mata dulu.

Yang aku risau sekarang cuma satu..

Adakah Jabatan Penerbangan Awam akan benarkan bekas penerima rawatan lasik macam aku untuk memohon lesen juruterbang komersial..?

Jawapnnya belum aku dapat..

Friday, April 1, 2011

Kelas Baru

15 Mac 2011..

Dah sebulan tak ada kelas baru, jadi hari ini akan bermula aku punya kelas sesi bulan Mac. Walaupun dah masuk kelas ketiga, tapi aku tetap menggelabah untuk bercakap, menyempurnakan tugas aku sebagai tenaga pengajar Interbankers. Tambahan pula ini kali pertama pelajar aku berjumlah 30 orang keatas. 2 sesi sebelum ni iaitu pada bulan Disember dan Januari jumlah pelajarnya tak sampai 20 orang pun. Paling ramai ada 17 orang iaitu pada bulan Disember.

Hari pertama sebelum masuk kelas aku dah agak nervous. Jadi untuk menghilangkan perasaan cemas tu aku layan lagu Cradle Of Filth - Nymphetamine kat hp. Masa mula-mula masuk kelas, riuh rendah gila babi, kebanyakannya dari murid-murid lelaki di belakang kelas. ' Halamak, ramai nak mampus sial..! ' pikir gua dalam hati. Penuh kelas yang agak besar tu sampai ke belakang. Kalau sebelum ni bilangan pelajar cuma memakan ruang separuh kelas. Tapi kali ni sampai berhimpit sehingga ke ruang paling belakang dan hujung dalam kelas.

Jadi untuk memecahkan tembok yang memisahkan kemesraan antara aku dan pelajar, aku suruh seorang demi seorang perkenalkan diri. Macam-macam ghope dan gaye ada bak kata orang Perak. Yang perempuan masih malu-malu masa perkenalkan diri, yang lelaki pula ada yang tak tahu malu langsung. Mungkin nak hilangkan suasana dingin dengan lawak loyar buruk diorang.. Lantaklah beb, yang penting gua sporting dalam kelas. Lepas diorang habis kenalkan diri, aku buat-buat lupa nak kenalkan diri aku lak. Saja jer.. nak tengok kelas riuh atau tak lepas tu.

Sekali riuh da..

Mula-mula nak mulakan sesi pembelajaran, aku pikir macam mana nak ajar kelas yang ramai bagak macam ni. Terutama nak fokus pada pelajar aku yang duduk di bahagian belakang. Aku tak suka nak jerit2 dalam kelas.

Jadi aku buat biasa jer..

Aku tak suka suasana kelas yang hambar.. Masa kat universiti pun kita tak suka kalau pensyarah kita macam tunggul kan..? Kita mesti suka lecturer yang ada sifat humor dan selamba kan..? Tapi bukanlah sampai nak buat lawak bodoh. Lawak bodoh lawak orang tak matang.. Jadi aku cuba bercakap secara spontan tanpa dibuat2.. lebih natural. Jadi setiap kali aku perasan ada yang mengantuk atau buat2 fokus sebab nak nampak rajin, aku berhenti sekejap dan bercerita atau berkongsi sesuatu yang di luar tajuk.

Mengenai syllabus dalam buku yang disediakan pihak interbankers ni, aku agak semak kepala otak dengan isinya yang aku anggap sebagai agak berterabur, tidak kemas dan kurang sistematik. Jadi setiap kali aku balik, aku akan buat nota sendiri untuk diguna pada bab berikut pada keesokan harinya. Tapi bila aku selang selikan nota aku dengan buku kelas, cara penyampaian aku pula jadi kelam kabut dan tak terurus. Masa kelas sebelum ni aku cuma ikut buku, tak ada nota aku sendiri.

Jadi ada pelajar yang komen mengatakan aku ini agak kelam kabut.. Hehe.

Ada juga yang kata control macho dan pemalu.. :P

Gua bukan pemalu beb.. gua tak suka nak gelak besar pasal senyuman aku tak manis disebabkan kehilangan sebatang gigi akibat eksiden motor tahun lepas.. Kalau tak mesti gelak ajer aku dalam kelas.

Masa hari pertama kelas, disebabkan aku agak panas ngan budak2 lelaki yang bising kat belakang, aku pindahkan diorang kedepan pulak..

Sangkaan aku bila kat depan diorang akan diam..

Sekali sangkaan aku meleset..

Diorang tetap huru hara macam dalam pasar..

Tapi..

Aku layankan ajer..haha.

BERSAMBUNG..


Tuesday, February 8, 2011

Kisah Apek Tua Mati Bini

Gambar Hiasan Sahaja Sahaja (Kredit to LINK)

Masa hari sabtu lepas aku ada lepak kat satu kedai makan cina di suatu tempat di Kuala Lumpur dengan rakan-rakan aku. Minum sahaja, tak makan pun sebab situ semua tak halal. Kalau nak ikutkan aku sental aja nasi goreng ataupun mee goreng yang peniaga2 Cina kat situ buat sebab bau masakan dari gerai2 kecil yang terdapat kat situ sungguh sedap dan menaikkan selera. Tapi disebabkan tak dijamin halal maka aku pendamkan sahaja nafsu yang tengah bergelora masa tu.

Waktu asyik memerhatikan amoi2 yang gebu dan comel kat situ aku perasan ada seorang apek tua kat meja belakang tempat aku duduk, tengah termenung sorang2 macam ada masalah. Di atas meja dia ada sebotol arak. Habis sebotol dia memesan lagi sebotol dan kalau tak salah kiraan aku, hampir tiga botol jugalah botol arak bersilih ganti.

Disebabkan risau keadaan dia yang tidak terurus, ada seorang pelayan Indonesia bertanyakan soalan pada apek tu apa punca dia minum seorang diri tak berhenti2. Disebabkan perbualan mereka dalam bahasa Melayu maka aku pun memasang telinga walaupun perbualan mereka agak pelat dan berterabur.

Tiba-tiba apek tu menangis masa diajukan soalan oleh pelayan Indonesia tersebut. Kata apek tu dia sedih sebab bini dia baru mati, meninggalkan dia seorang diri setelah hidup bersama untuk tempoh yang panjang. Aku dapat agak dari usia apek tersebut, mungkin mereka dah hidup berpuluh-puluh tahun bersama. Sambil mengunyah sotong kering yang aku beli di 7E tadi, aku
terus mendengar rintihan dan keluhan apek tersebut yang sedang teramat sedih.

Maka untuk menghilangkan kesedihan yang dialaminya, maka dia pun memilih jalan untuk mabuk dengan harapan, sedikit sebanyak hatinya yang sedang terluka dapat sedikit terubat. Masa tu seolah2 lagu 'Jeritan Batinku' dendangan Allahyarham tan Sri P.Ramlee dalam cerita Kassim Selamat sedang berkumandang mengiringi cerita apek tu. Imaginasi aku memang tinggi kan..? Dapat cari lagu untuk diimaginasikan ke sebuah jalan cerita walaupun kat kedai makan cina. Haha.

Ohh sedangkan aku dan rakan2 aku yang pernah aku jumpa pun, bila break up dengan chenta hati masing2, macam orang gila dibuatnya. Makan tak basah mandi tak kenyang bak kata pepatah Melayu untuk digambarkan. Itu awek yang hidup bersama tak sampai setahun jagung, inikan pula apa perasaan apek tu masa bini dia mati..? Mesti kechewa yang teramat sangat kan..?

Kalau diikutkan hati nak jer aku yam pui ngan apek tu sebab sekurang2nya dia ada teman. Tapi disebabkan dia minum arak, tak dapat la aku nak lepak sekali. Aku tak mabuk beb, kalau dia minum teh tarik boleh lah aku cheers sekali ngan dia.

Pengajarannya lu orang kalau break up dengan awek atau balak masing2 disebabkan cinta yang masih kurang matang tersebut, tak payahlah frust menonggeng macam keling mabuk todi.. terima jer suratan takdir. Hakikatnya ramai lagi yang lebih menderita dari kita. Inikan lumrah dunia, takkan nak manis gula sahaja, rasa masin garam kena rasa juga baru kita belajar sesuatu.

Pada apek tadi kasihan beb, mesti raya dia dah tak bermakna. Kalau drama Melayu mesti dah keluar lagu 'Salam Terkahir' nyanyian arwah Sudirman..haha.

Yam Pui..!!