Friday, September 17, 2010

Lepas Raya

Damn..semua orang sudah menulis pengalaman hari raya mereka dan aku sahaja belum. Ini sudah masuk raya ke-9 tapi aku masih dilanda perasaan malas yang keterlaluan. Mungkin disebabkan peningkatan kadar lemak dan kolestrol secara rakus selepas sahaja kita habis berpuasa.

Hari ni raya sudah masuk yang ke-9..? Uhh kita sambut raya sampai sebulan ker..? Bila dengar lagu raya di radio tadi tiba2 aku rasa annoying..tak tahu kenapa.

Masa hari raya pertama..aku lambat pergi masjid. Kalau mak aku tak kejut pasti aku akan membuta sampai tengahari seperti biasa. Itu lumrah untuk penganggur berjaya seperti aku..yang cuma menghabiskan hidupnya didepan komputer.

Masuk universiti keluar cuma boleh tanam anggur.

Balik sembahyang raya aku ke Kota Damansara..rumah makcik aku. Kebetulan atok aku ada disana..menetap dengan makcik aku.

Sampai rumah makcik aku..aku cari abang sepupu aku yang
aku tahu ada disana. Cari punya cari dia ada kat bilik bibik, orang gaji makcik aku. Hajat aku nak ajak dia bersembang di pagi raya jadi terbantut. Abang sepupu aku yang dipanggil along tu memang punya rekod cemerlang membuta di pagi raya selama bertahun2.

Kesudahannya aku pun tersadai sebelah dia membuta sampai petang. Mak aku pula jadi masam mencuka sebab aku boleh tidur di pagi raya.

Nak buat macam mana..raya tahun ni bagi aku tak meriah. Aku tak suka sambut raya di Kuala lumpur..dan ini kali pertama aku di KL. Kalau dulu 3 hari terakhir puasa aku dah berkumpul dengan saudara mara kat kampung..huru hara main mercun masak rendang. Raya di KL terlalu hambar.

Lagipun ni kali pertama aku beraya tak ada bapak. Kalau dulu arwah ayah aku akan bising bila malam dan pagi raya..suruh aku dan adik beradik aku bersiap. Kalau malas tolong orang kemas rumah pun kena bising..tapi hari ni tak ada siapa nak marah aku lagi bila aku malas tolong orang kat rumah.. semua jadi sunyi.. Dulu aku tarik muka bila kena bising..hari ni aku rindu nak kena bising dengan arwah ayah pulak.

Hubungan antara keluarga..saudara mara dan sepupu2 aku pun
dah makin longgar. Salah satunya kerana masing2 dah besar..dah ada jalan kehidupan sendiri. Dulu waktu kecik mandi sama2..tak ada hal kau tengok batang pelir aku..aku tengok batang pelir kau. Sekarang kalau nak mandi sama boleh muntah sebab masing2 dah berbulu..ibarat hutan hujan khatulistiwa.

Semoga raya tahun depan akan membawa kegembiraan semula untuk aku.. 2 hari lepas pun aku boleh tersadai kat genting menyambut raya dengan cara aku sendiri.. :{

Rindu dulu2 kacau rendang kat kampung

1 comment:

Mari menulis dengan hati yang gumbira..!