Saturday, July 24, 2010

Ujian Hidup

Hari ini hari sabtu..

Malam minggu untuk anak muda keluar bergumbira dan bertemasha* bersama rakan2..
Biasanya aku akan keluar malam minggu ini dengan rakan2..tapi hari ni aku cuma duduk di rumah sahaja. Kebetulan cerita di astro banyak yang agak menarik jadi aku melekat di depan TV sahaja.

Tiba2 aku sangap..

Jadi aku terus capai sebatang rokok..dan duduk di hadapan rumah sambil melayan perasaan. Pemandangan di hadapan hanyalah deretan rumah2 teres usang sambil 2-3 kelibat anak muda sedang membaiki motosikal masing2.. dan pakcik2 yang sedang bersembang di hadapan rumah.

Ingatan aku kembali ke waktu dahulu..

Rumah lama aku sebelum ini adalah banglo diatas bukit.. kalau kita duduk di depan maka akan kelihatanlah dengan jelasnya bandaraya Kuala Lumpur..KLCC..Menara Kuala Lumpur dan hatta Genting Higlands sekali pun. Memang indah..

Fasilitinya juga lengkap..ada pengawal..ada kolam renang besar.

Tapi Allah SWT sentiasa menguji hamba2Nya..
Kerana sejak kematian arwah ayah aku pada November lepas.. keluarga aku melalui kehidupan yang agak sukar..

Jika dahulu..kami berbelanja tanpa risau.

Tapi sekarang..

Segalanya perlu diteliti..semuanya perlu dikawal.

Tapi aku yakin tuhan itu maha adil..segala yang berlaku mesti ada hikmah.. Asalkan kita semua bersabar dengan ujianNya.

Dahulu aku tak pernah kenal jiran..bertegur sapa jauh sekali. Kerana jarak rumah yang jauh antara satu sama lain.

Tapi sekarang..

Aku dah mula belajar erti dan suasana hidup berjiran.

Mereka tidak seperti datuk dan datin yang pernah menjadi jiran aku dulu.. Mereka hidup lebih sederhana..mampu mengukir senyuman walaupun kehidupan tidak semewah golongan bangsawan diatas hierarki kehidupan mereka. Mereka tolong menolong bila ada kenduri..tidak perlu upah orang untuk lakukan itu dan ini.

Apa yang penting adalah..

Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada.

apa dugaan pun..jangan sampai menghalang kita dari terus mengukir senyuman..!

* aku kadangkala suka menggunakan Bahasa Melayu klasik.

Friday, July 23, 2010

Uptown

Pukul 8 tadi kawan aku telefon kata nak ajak layan midnight movie iaitu cerita Sorcerer's Apprentice. Disebabkan kebosanan melanda aku pun jadi riang ria sekurang2nya ada benda yang aku boleh buat malam sabtu ni.

Tapi kawan aku boleh buat lawak..

Tiket dia belum tempah sebenarnya..jadi harapanlah kan nak layan filem tersebut malam ni. Manusia yang tempah terlalu ramai. Tak apa..minggu depan masih ada.

Untuk menggantikan rancangan menonton filem yang tergendala..

Aku dan 2 lagi rakan ambil keputusan memandu ke medan selera Uptown Damansara. Kamu tahu..Uptown adalah tempat lepak kegemaran saya dari dahulu. Disitulah tempat aku memborong DVD cetak rompak..disitu juga aku menjamu selera.

Lebih gemar aku kesitu dari Desa Sri Hartamas sebab kawasan tersebut penuh sesak.. Lagipun kalau di Desa Sri Hartamas..mesti akan ada kawan aku. Dan aku paling malas untuk tegur orang yang aku kenal.

Kalau tak tegur dikatakan sombong.. sebenarnya aku kalau ada tujuan..lebih suka privacy.

Jadi Uptown Damansara adalah tempat yang paling nyaman bagi aku. Disamping makanan yang sedap dan pelbagai..

Aku juga boleh melihat telatah manusia ibukota yang pelbagai..

Lebih menarik..

Kehadiran awek2 cun disitu.

Biasalah..

Lelaki solo macam aku hanya boleh usya awek orang.. :P

Dalam perjalanan balik..aku dan rakan ambil keputusan pusing sebentar di bandaraya Kuala Lumpur menghabiskan minyak Satria Neo aku..

Panorama malam di Kuala Lumpur pun dah menjemukan aku. Tiada apa yang menarik..Segalanya kelihatan sama..dan aku jadi buntu memikirkan jenis hiburan baru yang aku boleh dapat di Kuala Lumpur.

Dalam kepala berfikir..

Entah bila aku dapat mengembara mengelilingi dunia. Melihat keindahan Venice ataupun Amsterdam..

Kelab malam..?

Aku dah muak.

Futsal..?

Aku kaki bangku.

Thursday, July 22, 2010

Chenta Hati

Baru2 ni aku tanya kawan aku.. kenapa sejak dua menjak ni aku tengok dia seperti hilang semangat.. tak banyak cakap..rambut serabai..kalau cakap pun merapu. Lepas itu dia cakap..

"Naz..aku baru putus cinta..awek aku sudah tinggalkan aku"..jelasnya sambil buat muka seposen mintak pelempang.

Dulu masa bercinta..tak ingat dunia. Segalanya indah..

Kau la bulan kau la bintang.

Aku kumbang..kau bunga.

Dulu janji sehidup semati..sekarang kau mati la sorang2.

Dahulu aku pun pernah lalui benda yang sama.. Masa bercinta dicurahkan sepenuh kasih sayang sehingga 110 peratus..seolah2 kita yakin itulah chenta sehidup semati kita. Bila putus..makan tak lalu..mandi tak basah..dan jiwa jadi kacau la konon.

Zaman sekarang cinta orang boleh buat main2..tak ada yang serius lagi.

Mula2 kau la cinta sehidup semati aku..

Esok datang orang baru..bawak Ferrari..tiba2 dia la chenta baru aku.

Chenta lama yang cuma bawa Honda Ex5 jadi terpinga-pinga..

Jangan jadi hamba cinta dowh kawan2. Kalau frust menonggeng..pergi lepaskan tekanan kat karaoke jamban sorang2..nyanyi lagu Tomok banyak2..lebih baik dari layan perasaan dan menangis sorang2 macam bapok.

Lainlah kalau dia dah jadi bini..

Kotaraya

Pagi tadi aku pergi uruskan duit pencen arwah bapa aku di Maju Junction..betul2 di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Dari Cheras aku bertolak pukul 8.30 am.

Dalam perjalanan..jalanraya KL seperti biasalah sesak teruk.

Tahu kenapa jalan sesak..?

Memandu perlahan tapi ikut lorong kanan..

Mat motor cilok tak tengok kereta..yang bawa kereta pula kena break untuk mereka. Kalau dilanggar mereka accident salahkan pemandu kereta pula..

Bila lampu isyarat hijau..yang kat depan lembap macam siput nak jalan.

Suka2 hati nak potong Q..

Manusia bangang yang tak tahu nak bagi lampu signal ketika membelok.

Itu semua sedikit sebanyak punca jalan sesak..memandu dalam kota tidak sama memandu di Cameron highlands untuk makan angin. Kita semua ada urusan nak diselesaikan.. Belum lagi campur dengan segala projek menurap jalan ditengah kesesakan lalulintas.

Bila sesak pemandu di kota jadi tertekan..belum lagi tekanan di tempat kerja. Sekarang harga minyak naik 5 sen. Kerajaan kata sikit..itu kata mereka.

Rakyat biasa tak macam menteri atau raja..

Kalau lalu ada polis iring..suruh orang ketepi atau kekanan untuk bagi laluan pada mereka..

Kemudian rakyat..

Jadi bertambah bengang..

Hospital

Ini aku baru sahaja balik dari hospital sebab melawat makcik aku yang kemalangan jalan raya minggu lepas. Dia baru sahaja lepas pembedahan.. Dan sekarang dia ditempatkan di hospital swasta..betul2 di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Kalau dah nama pun hospital swasta..mestilah cantik. Jururawatnya pun comel2 dan sedap mata memandang. Sempat juga aku mengusyar seorang dua..

Bukan apa..

Sahaja nak panaskan suasana dan badan..pasal penghawa dingin dalam hospital itu terlalu kuat..menggigil aku dibuatnya. Itu belum lagi kalau tiba2 aku terserempak hantu di hospital tu..mahu keras aku dibuatnya.

Makanan di hospital tu untuk pesakit pun sedap2..

Masa balik pakcik aku kata..


"Bagus kakitangan kat hospital ni..peramah belaka". Kemudian aku yang mendengar pun berfikir..

Memanglah layanannya bagus..sebab bayaran untuk terima rawatan sahaja dah beribu2 ringgit seminggu. Salah satu sebab kenapa kita bayar mahal untuk ke hospital swasta adalah kerana cas senyuman dan rawatan mesra itu.

Tiba2 aku teringat..


Layanan yang diterima oleh pesakit di hospital kerajaan..

Inilah dunia..


Segala2nya perlukan duit..hatta senyuman dan keramahan sekalipun.

Waktu kita senang..kita ingat tidak pada mereka yang memerlukan..?


Burger

Sekarang ini aku baru sahaja balik dari bersenam di kawasan rekreasi berdekatan rumah aku.. Jadi terasa sihat sikit.

Masa aku balik..tiba2 perut lapar..

Jadi hajat mahu singgah di kedai burger di kawasan rumah aku..

Aku pun order burger oblong ayam satu..iaitu kegemaran aku. Aku perhatikan sahaja abang itu buat burger.. tiba2 aku rasa bengang pasal abang itu sangat pengotor. Kenapa dia tidak tahu menggunakan sarung tangan..? Angkat roti..angkat daging..gunakan tangan yang dah berpeluh..

Kemudian..kain kotor digunanya untuk lap tangan..

Selera aku tiba2 hilang.. Kenapa sesetengah peniaga Melayu sangat kotor dalam aspek penyediaan makanan..? Bukankah Islam mengajar kita untuk mengamalkan kebersihan..?


Abang burger itu mungkin tak tahu..penyediaan makanan yang tidak teratur boleh menyebabkan penyakit merebak.

Tapi..itu lah makanan sedap yang paling sedap dan murah untuk rakyat marhaen seperti aku.

Burger dari gerai tepi jalan..

Kita bukan selalu banyak duit untuk makan McD tiap2 hari..akui sahaja.

Tapi rakyat marhaen pun berhak dapat makanan yang bersih dan sedap.

Lebih baik makan burger murah daripada kena tipu dengan harga buffet di hotel yang sampai RM100 satu kepala..paling kuat pun jumlah yang kita makan cuma RM20.

Justin Bieber

Dulu keluar lagu Baby nyanyian Justin Bieber..aku juga suka. Sekali sekala aku akan pasang dalam kereta..masa itu video klip nya pun masih belum keluar di you Tube. Tapi sudah perangai aku..bila orang ramai sudah mula memuja budak kecik itu..

Aku jadi menyampah..

Kamu tahu..ada seorang rakan aku umurnya sudah lebih 20 tahun..

Memperbodohkan diri untuk kelihatan seperti Justin Bieber..dari gaya rambut sehingga ke gaya berpakaian.. Bersusah payah untuk mengikut imej seorang budak kecik.

Itu budak sekolah.. kita kena tahu bila dan situasi untuk mematangkan diri.

Justin Bieber mengingatkan aku pada Nick Carter dari Backstreet Boys. Zaman 90an dulu boy band sangat digilai tahu..dan aku pernah beranggapan dahulu semua ahli boy band itu adalah manusia homoseksual.


P/s : and i was like baby..baby..baby oohh.. Harhar..!

Wednesday, July 21, 2010

Lagu Tidur

Ok..aku baru sahaja balik dari demonstrasi silat di kolej lama aku jadi aku sangat penat. Namun disebalik kepenatan dan kesakitan kerana dibedal dalam demo.. aku tetap juga punya keinginan untuk menaip sesuatu dalam blog baru aku ini.

Bila nak tidur..ada 2 benda aku selalu akan buat iaitu yang pertama cari buku2 untuk dibaca. Biasanya aku akan bertahan selama paling lama pun 30 minit dan kemudian aku akan tidur. Bukan aku tidur kerana bosan..tetapi sebab aku mahukan sesuatu yang berilmiah masuk didalam kepala otak aku sedikit sebanyak sebelum beradu.

Kalau susah tidur aku ada cara lain.

Yang keduanya aku akan memasang lagu kegemaran aku. Aku minat banyak jenis muzik.. kalau sesiapa kenal lama dengan aku pasti tahu semua lagu aku sebat dan boleh masuk KECUALI lagu jiwang2 karat Melayu yang menangis dan merintih kerana kechewa ditinggal chenta hati.

Malam ini aku tidur dan akan didodoikan dengan suara mendiang Joey Ramone iaitu vokalis Ramones..band Punkrock yang popular sekitar tahun 70an. Muziknya tidak sebingit punk hari ini..dan petikan gitarnya juga hanya mempunyai 3-4 kord sahaja. Ini adalah band lagenda kamu tahu..?!

Jadi selamat malam..! Sleeping Mode : Rock N Roll babeh..!

Ini adalah band pujaan aku tau..!


Duyung Aridinatha

Semalam disebabkan kebosanan yang melanda aku sempat buka TV3.. Kebetulan ketika itu sebuah drama Melayu bertajuk Duyung Adirinatha (susah nak sebut) ditayangkan. Suatu permulaan yang bagus untuk industri seni tanah air sebab dah mula lakukan perubahan. Tak adalah kisah Dato' Kassim yang cuba menggulingkan Tan Sri Hashim untuk mendapatkan Kencana Holdings lagi.

Cuma aku bosan melihat kelibat Fasha Sandha dengan gaya rambutnya yang sangat menjengkelkan dan tidak kena itu. Dan yang memegang watak bapanya pula adalah Eizlan Yusof. Adakah sudah menjadi trend drama Melayu sekarang yang menggambarkan beza umur anak dan ibu bapa cuma 10 tahun..?

Kepada Fasha Sanda..rambut jenis African Amerika ko itu sangat hodoh yer. Apa sudah tidak ada pelakon lain ker..?

Sekali lagi aku mengutuk drama Melayu. Aku bukan tidak mahu layan drama Melayu..tapi drama Melayu terlalu stereotaip. Bukan semuanya tak best..ingat drama bersiri Cinta Antara Benua tahun 90an dulu..? Itu antara drama yang bagus.

Layan CSI lagi best..

Introduksi Kisah

Jadi bermula lagi sebuah kisah dalam sebuah perjalanan. Iaitu aku sudah memulakan blog baru kerana sebelum ini aku berblogging di wordpress. Tiada apa yang menarik..cuma merapu sahaja.

Ini bukan blog pertama aku..tetapi yang entah keberapa belas. Berblogging adalah suatu cara yang baik untuk kita berinterpretasi dengan diri kita sendiri. Betul atau tidak ayat itu aku tidak tahu..sebab aku sendiri pun main bedal tulis. Asalkan nampak sikit aku ini seorang yang intelektual dari sudut penggunaan bahasa sudahlah..haha.

Kelainan kali ini..aku sendiri pun kurang pasti. Itu cuma masalah kecil yang boleh difikirkan kemudian.

Ini blog abang long sebab aku anak sulung..bukan sebab aku seorang taiko di dalam pertubuhan tiga line atau apa2 pertubuhan yang menggunakan lambang naga..harimau atau sarang labah-labah.

Sekian terima kasih..!

aku ini seorang yang masuk air korang tahu tak..?
Tapi aku tetap seorang yang peramah dan berbudi bahasa. hehe..