Sunday, August 22, 2010

Ramadhan : Me Back In 90's - Ep. 2

Sambungan dari LINK

KAD RAYA DAN KETUPAT

Masa di sekolah rendah sekitar tahun 1995-1999 setiap kali tiba bulan ramadhan benda paling popular masa itu dikalangan orang ramai adalah kad raya yang berwarna warni. Tetapi ramai juga yang berminat dengan kad raya animasi.. yang diatasnya ada lukisan komik mencuit hati dan lucu.

Jadi dibulan ramadhan manusia akan berebut-rebut untuk mendapatkan kad raya itu di kedai2 berdekatan yang menjual. Biasanya disekalikan dengan sampul surat agar mudah pula kita nak mengirimkan kad tersebut tanpa perlu beli berasingan.

Maka pejabat pos pun sibuk nak menghantar kiriman2 kad raya setiap kali bulan ramadhan. Di sekolah rendah.. kadang2 aku akan bertukar2 kad dengan rakan2. Masing2 mencari idea apa yang mahu dituliskan di atas kad.. ucapan dan sebagainya. Daya kreativiti pun terserlah bila macam2 corak tulisan dilakarkan..

Teringat lagi betapa sibuknya aku membeli kad raya jenis animasi dan kemudian bersusah payah menulis diatas setiap keping kad untuk dikirimkan pada rakan2 walaupun jarak rumah antara kami semua tidak seberapa. Mahu lebih advance pula dan kalau ada wang lebih, kad raya yang mengeluarkan irama lagu raya bila dibuka pula yang menjadi pilihan.

Itu zaman sebelum wujudnya budaya SMS..

Dan secara jujurnya..

Aku rindukan zaman itu..

Di kala teknologi khidmat sistem pesanan ringkas masih belum menghambat kita..

Aku rasakan di zaman itu kita lebih ikhlas bila berusaha menunjukkan kreativiti masing2 di atas sekeping kad untuk membuat ucapan berbanding kini, yang segalanya di hujung jari bila mahu mengucapkan selamat bila tibanya ramadhan ataupun hari lebaran. Itupun dipendek2an bahasanya untuk menjimatkan ruang handphone dan kos sms.

Kini segala2nya menjadi mudah.. tiada lagi suasana saudara lelaki yang mencari daun pokok kelapa di luar rumah..manakala di dapur makcik2 dan sepupu2 perempuan aku yang sibuk anyam ketupat.. Kadangkala aku akan ganggu mereka melakukan kerja. Pernah juga aku belajar anyam ketupat dengan arwah nenek aku.. tapi kalau dah tangan lelaki tetap sukar nak melakukan sesuatu yang memerlukan aku melembutkan tangan untuk sesuatu yang agak seni.

Dan bila daun kelapa sudah siap dianyam, kaum wanita pula akan sibuk memasukkan beras kedalam lubang2 kecil disebalik anyaman tersebut untuk direbus dalam sebuah kuali yang besar untuk proses berikutnya.

Itu dah berlalu..sekarang kalau mahu makan nasi impit cuma perlu beli yang packing di kedai.. balik rumah cuma buka dan rebuskan.. kemudian tidak sampai 10 minit dah boleh dihidangkan pada orang ramai.

Generasi hari ini..

Masih adakah lagi yang tahu melakukan perkara seperti itu..?

Bersambung..

Akan Datang : Buluh dan Meriam

23 Ogos, catatan dari Kuching, Sarawak.


5 comments:

  1. btul3..
    zmn pos kad ry,dn dpt kad ry mmg besh..
    lg2 ble pos kad ry pd MB negeri, Sultan, PM, dan Agong..peh,ble dpt balasan 2 yg besh,sbb x sume org rajen anta kad ry pd mrk2 ni..

    ReplyDelete
  2. Yea i agree with you. I miss the those moments either. Nampak sincere kan kalau bagi surat dari sms?

    ReplyDelete
  3. ayaz : betol..tp dulu sy tak pernah hantar pada ahli politik atau artis.

    Nadia : yep..lebih sincere.. :)

    ReplyDelete
  4. kalau bg ucapan kat facebook je takbest jgk.. kalau guna kad pastu pos kite boleh simpan kan??

    ReplyDelete
  5. a'ah..sapa paling banyak kira dia la paling hot..haha.

    ReplyDelete

Mari menulis dengan hati yang gumbira..!