Wednesday, August 18, 2010

Kismis Minda

Gambar Hiasan - Kredit LINK

Tadi keluar sekejap ke ibukota Kuala Lumpur.. mencari barang untuk menyambut ketibaan syawal kurang sebulan lagi.

Jalanraya di Kuala Lumpur sesak teruk..

Kepala jadi pusing..

Jiwa jadi kacau..

Dugaan..

Kemudian aku perhatikan meter minyak kereta aku.. sudah tinggal sikit. Kebanyakannya habis di jalan2 raya sesak di ibukota.. dugaan lagi. Dalam kekalutan aku pergi mencari stesen minyak terdekat..kemudian nampak sebuah stesen minyak petronas..aku pun singgah.

Semasa sedang mengisi petrol ke dalam tangki minyak..datang seorang budak..

' Assalammualaikum abang.. nak beli kismis minda dan kalendar Islam tak..? '.. katanya.

' Bolehlah dik..bagi kismis tu satu.. seringgit kan..? '..kata aku.

Untuk pengetahuan korang..aku tak pernah menolak kalau budak macam tu..dengan imej bersongkok atau berkopiah dengan baju Melayu biasanya.. datang menjual kismis. Bukan mahal pun..seringgit jer.

Masa budak tu berlalu pergi.. aku terfikir..

' Boleh jadi pandai ke makan kismis yang kononnya didoakan ni..? '..

Aihh..

Nama Islam pun dah diguna pakai untuk melariskan jualan sekarang ni. Kismis minda..jus tok guru.. Segala2nya nak diislamikkan..

Dan manusia yang mahu lebih islamik pun..terpengaruh.

Kasihan budak itu.


5 comments:

  1. meh la shopping kat kamunting. takde sesak sesak semua. serious ni. kah kah kah kah!

    ReplyDelete
  2. wah nak shpping gak..hohoh..
    btw kesian jugak tgk budak2 kena jual mcm tu~~

    ReplyDelete
  3. yeah jom shopping..!
    kesian pasal diorang wat muka kesian..huhu.

    ReplyDelete
  4. terbaik bro aq suka baca blog ko lagi satu tu.. anyway aq blaja silat cekak hanafi.. walaupun ko blaja silat cekak malaysia.. tapi akar nye tetap ustaz hanafi kan

    ReplyDelete

Mari menulis dengan hati yang gumbira..!