Friday, November 12, 2010

Kerja Malam


Kawan2 aku bising..dan ada yang merajuk.. tu belum lagi yang kecik hati bila aku tak balas mesej. Mari aku bawa kalian ke dunia aku.. bila bangun pagi pasti dalam inbox hp aku ada paling kurang 10 mesej. Bukan dari chenta hati.. tapi mesej2 kerja, kes itu ini dan sebagainya. Bila bangun pagi biasanya aku mamai.. dan baca mesej2 tu ala kadar sahaja.

Biasanya bila aku bangun pagi aku akan kelam kabut bersiap nak pergi ke tempat kerja aku yang baru di Ampang, Selangor. Interbankers nama tempat aku bekerja tu.. dalam pejabat tu cuma ada 3 orang sahaja staff. Sebab itu cawangan jadi kakitangannya sedikit..dan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Sebelum ni aku cuma buat kerja pejabat, tapi mulai semalam aku dah mula mengajar pada pelajar2 aku yang mengikuti kursus asas perbankan.

Masa tengahari disebabkan bos aku jarang masuk maka aku akan lelap dalam sejam. Waktu pejabat aku tak on HP biasanya. Biasalah..aku kan pekerja yang komited. Tapi bila aku cakap pada kawan2 yang aku mahu jadi Perdana Menteri Malaysia, pasti mereka semua akan ketawakan aku..sedangkan aku komited pada kerja ni..haha.

Malam pula, aku kena buat part time di ibu pejabat di KL. Kerja aku lipat2 flyers, masukkan dalam sampul surat, stapler sana, stapler sini sampai pukul 11 malam. Nasib baik ada awek2 kabin krew yang comel buat kerja sekali jadi tak adalah bosan sangat. Sambil buat kerja boleh cuci mata, kata seorang pelatih pilot disitu. Bila balik aku terus tidur sebab penat. Jadi msg2 dalam HP aku jarang nak buka atau perasan. Jadi 2-3 orang kawan aku mengadu aku susah nak reply mesej.. dengan penjelasan ni harap korang faham.

Itu sebabnya aku belum ada awek sejak 'menduda' tahun lepas. Selain dari aku tak laku, aku juga takut nak bagi komitmen pada awek aku nanti..sebab aku sibuk memanjang. Itu belum campur kelas silat dan kerja2 part time lain yang aku buat. Mana ada masa..

Pada yang mesej..aku suggest korang missed call aku..nanti aku call balik yer.

To my brothers pulak.. uhh along agak kebzan yang melampau. Hujung minggu kita lepak okeh..?

.. :)

P/s : aku rindu zaman aku boleh bermain papan selaju petang2, lepak sana sini, layan gig dan enjoi semua. Tapi apa nak buat, sekarang aku dah bekerja. Dah la tahun depan aku duduk SPM balik..bertambah2 la tekanan aku.

7 comments:

  1. hehe.. xpe bro.. all da best!! ssh2 dl utk sng nti.. kn kn kn.. hihi..
    nti2 free ble la lpk2 lg.. lm da x lpk2..

    ReplyDelete
  2. salam abang long naz, bila mok balit kuching..? Lamak kamek orang rah ctok x jumpa along.. Zafri nya turun KL kelak, apa2 hal kamek pdh nya call along mun dah sampai KL.

    ReplyDelete
  3. nasz : ha..tau xper.. Hari sabtu ahad boleh la nak lepak. Kau belanja ok..?

    aidil : mun sekda hal dalam bulan depan along balit sarawak.. Ehh nya pa polah kat KL tok..? sekda nya pdh apa2 kat along pun..? Sowie la bukan sik mauk call..tapi along gago gilak ngan kerja semua.

    ReplyDelete
  4. hoi taiko..! bak datang la pramugari sorang dua buat jadi gundik. Hahaha..
    - Ejal -

    ReplyDelete
  5. sik tauk, nya kerja padah kerja kali. Ok along, pahal kelak msg jak kamek org. salam bersatu.. ///

    ReplyDelete
  6. ejal : kepala hotak lu.
    aidil : ok..kirim salam adik beradik kuching.. :)

    ReplyDelete
  7. ada kerja kosong lg x yg lipat2 flyers tu?hehe

    email:Kry_hamdan89@yahoo.com

    ReplyDelete

Mari menulis dengan hati yang gumbira..!