Thursday, August 12, 2010

Ramadhan : Me Back In 90's

Pertama sekali..selamat menyambut puasa kepada korang2 yang diluar sana. Semoga bulan ramadhan tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua - ayat klise lagi skema setiap kali bulan puasa tiba tiap2 tahun.

Tahun ini aku menyambut bulan puasa dalam umur 23 tahun..alhamdulillah dipanjangkan lagi umur aku untuk menyambut puasa tahun ini. Yang sedihnya ini kali pertama aku berpuasa tanpa seorang bapa..selepas pemergian ayahanda aku ke rahmatullah pada Nov 2009 lepas. (LINK) Tapi tak apa..manusia datang dan pergi.

Semalam aku berbuka puasa di Kota Damansara..rumah aunty aku bersama keluarga dia. Lepas habis berbuka..aku teman adik2 sepupu aku yang kecik2 main bunga api kat luar rumah. Diorang main bunga api..aku hisap rokok. Uncle dan aunty aku kat dalam..jadi aku la jaga diorang kat luar. Adik2 sepupu aku main kat atas jalan raya diantara deretan2 rumah teres 2 tingkat.

Kasihan adik2 sepupu aku sebab diorang dah tak merasa beraya di kampung macam aku kecik2 dahulu. Datuk aku dah berhijrah ke KL duduk dengan keluarga kat sini..manakala nenek aku dah meninggal 2007 lepas. Jadi keluarga aku beraya di KL lepas ni..

Ingatan aku berbalik pada sekitar tahun 1994-1998 masa aku di sekolah rendah. Setiap kali puasa dan raya rumah separa papan separa batu datuk aku akan riuh rendah dengan pekikan dan lolongan cucu2 mereka yang buas macam anak jin iprit. Cucu dia sahaja dah dekat 20 orang.. Kebanyakan pulak lelaki. Jadi tunggang langgang rumah tok aku dikerjakan.

Kerusi dan meja dalam rumah habis berterabur..sebab kitorang susun2 kerusi tu dan kemudian sambung2kan dan assume perabot tu semua macam dalam kapal. Arwah nenek aku selalu pening kepala.. sebab dia seorang yang sangat pembersih dan kemas. Masa dulu..arwah bapa aku selalu bawa balik berkotak2 bunga api dan mercun. Dia beli harga murah jer..sebab nama pun dah pegawai tentera..kabel kat luar macam polis ramai.

Di depan rumah tok nenek aku ada suatu kawasan yang luas..kiri kanan pula hutan..jadi disitulah medan perang mercun kitorang. Masa kecik aku diberitahu yang setan masa bulan puasa kena ikat kat pokok..jadi aku selalu bakar dan target pokok2 kat keliling rumah kampung aku dengan mercun dan bunga api dengan harapan setan2 yang kena ikat tu akan sakit dan mati.. Jadi aku akan dapat banyak pahala sebab dah berjaya bunuh hantu dan setan menggunakan mercun..

Bersambung..
* aku nak tidur kejap lagi nak bangun sahur*

5 comments:

  1. aku pun rindu gile time braya kat kampung zaman2 bergelar kanak2, yang mana tanggunjawab hanya la pegi skolah dan buat homework, dan bagi result bagus... time beraya kat kampung paling meriah, dengan meriam, mercun, bunga api, lemang dan main masak2( sebab cousin perempuan ramai) dan aku akan jadi watak bapak, tiap kali diorang main masak2, msti aku bwk balik jd ayam betul dan bukan kayu dan daun2 mcm yg diorang harap dan tiap kali tu gak diorang menjerit sbb takut... hahahaha... rindu gile aku zaman raya kat kampung... tp skang ni smue da berpecah belah.... masing2 da beraya dgn keluarga masing2...

    ReplyDelete
  2. itu jer yang tak best jadi anak KL g..huhu

    ReplyDelete
  3. ape pn,knangan 2 msh ttp ade.. =)
    cme masa dn keadaan yg dh brubah,kte pn smakin mningkat usia..
    dlu2 aku pn ble braye mst blek dua2 kg,yg meriah kg sblah ayah aku sbb spupu2 sume bdk2 lg,riuhnye jgn ckpla..brsepah lua dlm umah tok aku..ehehe..
    yg sblah mak plak,kurg cket meriahnye sbb ramai dh besar2,so xde la sgt nk maen bunga api,mrcun2 ni,nk riuh2 mcm knk2 mmg xde ar..skrg lg la,msng2 dh kawen,dh ade ank sndri..mmg dh x sm mcm zmn aku kcik2 dlu..

    ReplyDelete
  4. ayaz : raya meriah untuk kanak2 sahaja.. Kita yang dah dewasa cuma mampu tumpang gembira.

    ReplyDelete
  5. hehe...meriah sbb umah jd riuh,xla sunyi sepi je..
    dh besar2,dewasa cm skrg ni,rase meriah x meriah la..sbb nk kne pk mcm2 hal dn mslh..lain la kalo knk2 mn ade nk pk mslh mcm yg org dewasa pk kn..hee...
    (mcm dh dewasa sgt je..kawen pn blm,ohoho..)

    ReplyDelete

Mari menulis dengan hati yang gumbira..!