Wednesday, September 8, 2010

Luah Perasaan

Seminggu dua ni lagu2 raya dah mula berkumandang di radio dan televisyen.. menambahkan kemeriahan untuk syawal yang akan menjelma sehari lagi semasa artikel ni ditulis.. Tapi secara jujurnya raya tahun ni tak mendatangkan apa2 kemeriahan pun bagi aku..

Aku cuma tumpang gembira melihat rakan2 balik kampung..

Ini kali pertama aku beraya di Kuala Lumpur..dan aku pun tak ingat bila kali terakhir aku menyambut idulfitri di kotaraya ni. Kalau dulu waktu macam ni aku dah ada di kampung..berkumpul dengan saudara mara aku.. Masak lemang..dodol..buat rendang kat belakang rumah dan sebagainya. Bila malam aku dan sepupu2 akan main mercun.

Asap mercun dan asap bunga api..bila bercampur seolah2 menampakkan rumah kampung aku sedang terbakar.

Rumah tok aku biasanya akan riuh rendah..dengan jerit pekik sanak saudara. Itu cerita di Kuala Pilah.. Negeri Sembilan.. Tahun lepas masih begitu kemeriahannya.

Tapi tahun ni..semua tu dah jadi memori..aku cuma boleh mengenang saat2 indah masa tu yang kini dah berlalu dibawa oleh masa yang berputar. Datuk2 dan nenek aku dua2 belah dah tak ada.. yang ada cuma datuk belah mak dan nenek sebelah bapa. Itu pun mereka dah menetap bersama anak2. Rumah di kampung cuma naik semak samun..

Tak ada lagi dendangan lagu 'Balik Kampung' oleh arwah Sudirman mengiringi perjalanan keluarga aku pulang ke kampung. Aku rasa tahun ini raya memang tak mendatangkan apa2 kegembiraan pun bagi aku.. Dan masih cuba menyesuaikan suasana raya di KL yang tidak seindah dan semeriah di kampung.

Sebab itu bulan ini aku cuma menulis tentang memori raya di kampung..sebab itu sahaja yang aku mampu buat. Mengenang waktu dulu yang dah berlalu pergi..

Tahun ni juga..

Kali pertama aku menyambut raya tanpa seorang ayah..dan mak aku menyambut raya tanpa seorang suami.

Semuanya hambar..

Arwah bapa aku meninggal selepas raya tahun lepas kerana serangan jantung yang datang secara tiba2. Al-Fatihah..

Selamat Hari Raya..!

No comments:

Post a Comment

Mari menulis dengan hati yang gumbira..!