Tuesday, November 23, 2010

Kisah Dari Gambar


Gambar kat atas ni biasa2 sahaja.. tapi dari gambar pondok ni aku akan buat cerita ni jadi panjang. Pondok yang penuh dengan semak baru lepas kena sembur racun ni terletak di belakang rumah kampung aku di Kuala Pilah Negeri Sembilan, sebuah negeri dan tempat yang kaya dengan adat resam minangkabau serta adat pepatihnya itu.

Kat tepi pondok tu kalau kau orang perasan ada sebuah rumah kecil tempat simpan pinggan mangkuk periuk belanga dan sebagainya. Besar2 periuk kat belakang tu. Aku tak ingat bila kali terakhir aku masuk kat rumah kecil tu. Apa yang aku ingat masa aku kecik dulu aku selalu main dalam rumah tu dengan sepupu2 aku dan dalam rumah kecik tu la aku ponteng puasa dulu, masa zaman aku mula2 nak belajar puasa. Sekarang nak masuk aku tak berani sebab, entah dah ada ular sawa beranak pinak dalam tu. Buatnya tiba2 aku kena ngap kan susah..

Gambar ni aku baru snap sekitar raya haji baru2 ni.. Masa tu aku tengah cari port nak hisap rokok..tiba2 aku teringatkan belakang rumah.. jadi aku pun berasap la kat situ dan tiba2 saja jer aku nak snap gambar belakang ni.

Tak ada apa yang menarik kan dalam gambar ni..? apa yang ada cuma sebuah kayu2 reput yang dan rumah kecik yang semakin buruk tu. Tak ada satu pun adik2 sepupu aku yang kecik berani nak main belakang rumah ni lagi..

Tiba2 ingatan aku kembali ke sekitar 10-15 tahun dahulu.

Di tempat yang hambar ni la suatu ketika dulu riuh rendah dengan suara anak2 kecil berlari, bermain dan segalanya. Bila tiba bulan puasa atau nak dekat2 raya belakang ni akan jadi meriah sebab sanak saudara akan berkumpul untuk kacau dodol, masak rendang, bakar lemang dan sebagainya. Masih terngiang2 suara arwah nenek aku membebel2 kat sini. Dia seorang yang sensitif bila memasak, tak baca bismillah dan selawat sebelum masak rendang atau bakar lemang pun kena bebel.

Kalau santan terlebih atau tak cukup garam, habis mak aku dan makcik2 aku kena bising. Disebabkan arwah nenek/wan yang cukup cerewet bila memasak tu la, hasilnya cukup umpphh..! Antara yang terbaik di pekan Kuala Pilah ni rendang dan lemang hasil tangan dia..hehe.

Bila bulan puasa, arwah ayah aku selalu bawa sekotak mercun percuma. Disebabkan kabel kuat dengan polis dan askar, maka berpesta mercun la aku dengan sedara mara. Arwah ayah aku punya suara paling kuat bila ada gotong royong belakang ni, siapa yang malas da suka curi tulang macam aku, pasti akan kena maki. Nak tak nak, buatlah kerja2 sikit macam cari kayu api dan tolong kacau gulai dalam kawah. Pantang dia bila ada orang lain penat2, ada pulak yang rilek dan cuma tahu makan.

Selalu bila riuh rendah kat belakang ni, akan disusuli gelak ketawa saudara mara. Selalunya datuk dan nenek aku yang jadi bahan. Datuk aku selalu kena kutuk dia sebatang kara, sebab dia orang utara bila kahwin dengan orang negeri sembilan (nenek aku), harta semua perempuan punya..hehe.

Itu zaman aku kecil2, masa belum ada PSP yang adik sepupu aku tengah main depan rumah tadi. Waktu tu kitorang cuma main kejar2, masak2 dan sebagainya. Aku pernah rendam katak hidup2 dalam air panas sebab nak buat sup..! siap letak daun sup lagi tau..! Lepas tu nenek aku mengamuk, nasib baik tak makan.

Habis sebatang rokok, aku tersedar semula dari lamunan. Itu kisah lama, kenapa aku nak sedih tekenangkan zaman yang dah berlalu..? Sebab sekarang semua dah tak sama..tak ada lagi gotong royong. Nak lemang..beli, nak rendang..beli, nak masak ketupat tak perlu anyam cuma perlu pergi kedai beli dalam bungkus kemudian balik rebus.

Senang.

Tak ada lagi suara cerewet nenek aku, atau suara kuat dan garang arwah ayah aku. Pondok yang dulunya riuh rendah, sekarang dah tinggal masa nak menyembah bunyi sebab dimakan anai2. Semak samun makin panjang..

Sepupu2 aku yang berhingus dulu pun, sekarang semua dah ada kerjaya, jadi pegawai, jurutera, arkitek dan sebagainya. Masing2 nak balik kampung pun dah susah..termasuk aku sendiri. Beraya kat KL tak sama macam kat kampung..

Aku pun tak tahu nak cerita apa dah..

.. :)

No comments:

Post a Comment

Mari menulis dengan hati yang gumbira..!