Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Aku, Rabun Jauh dan Rawatan Lasik

Tahun 1995..masa tu aku darjah dua. Sekitar pertengahan tahun tiba2 aku rasa kepala aku sakit macam kena migrain sampai demam sekali. Lepas tu mak aku bawa aku pergi klinik dan doktor kata aku sakit kepala biasa sebab demam jer.

Tapi lepas makan ubat kepala aku masih sakit lagi.

' Bangang punya doktor '..pikir aku dalam hati. Walaupun baru setahun lepas bersunat masa tu, tapi aku dah pandai maki orang. Aku pikir doktor tu bodoh sebab tak periksa aku betul2 sebab walaupun dah makan ubat, sakit kepala aku masih datang balik.

Sampai satu tahap, aku rasa mata aku dah kabur. Lepas dapat nasihat dari kawan mak aku, mak aku pun bawa ku pergi periksa mata aku. Sah la mata aku rupanya dah rabun. Masa tu impian aku nak ikut jejak arwah bapa aku sebagai tentera udara dan juruterbang dah musnah. Mana boleh bawa kapalterbang kalau rabun. Cheh..!

Gua kecewa..

Akhir sekali terpaksa juga buat cermin mata. Masa tu cermin mata aku besar, sampai kawan2 aku panggil cermin mata lalat. Memang nerd habis, hilang kemachoan aku masa tu.

Bila kawan2 mak aku datang rumah, semua cakap aku budak pandai sebab mana tak nya, diorang kata mesti rabun sebab banyak baca buku pelajaran.

Tapi diorang mana tahu..

Aku banyak baca komik dan majalah hiburan. Mana2 aku pergi mesti ada komik, contohnya kegemaran aku masa tu komik dragon ball dan majalah Ujang. Sampaikan tengah makan dan berak sekalipun aku akan bawa sekali majalah2 tu untuk dijadikan teman setia.

Orang lain pening baca buku dalam kereta, aku dalam kereta dalam perjalanan balik kampung, selamba gila baca komik walaupun tengah malam.

Tu pasal aku rabun. Tak ada sebab lain. Kalau nak kata rabun sebab skodeng atau layan CD blue, aku tak bernafsu lagi masa tu.

Masa tu arwah ayah aku tengah lanjutkan pelajaran dia kat Australia, bila dia balik dia buat muka pelik tengok muka aku. Masa tu tahun 1996, tahun kedua lapangan terbang KLIA beroperasi di Malaysia.

Sampai la umur aku 23 tahun, power cermin mata aku dah cecah 400 lebih. Sepanjang pengalaman aku memakai cermin mata ni memang leceh. Bila bangun pagi teraba2 cari cermin mata, bila hilang kelam kabut mencari. Itu belum lagi bila terpijak atau terjatuh. Dah kena ganti yang baru dan yang pastinya kena keluar duit beratus-ratus. Kalau bergaduh aku takut tengah bertumbuk cermin mata lak jatuh..haha.

Dah la disebabkan cermin mata cita2 aku tak kesampaian..

2 bulan lepas, aku buat rawatan lasik kat Optimax Taman Tun Dr Ismail. Sebenarnya dah lama arwah ayah aku suruh buat iaitu sekitar tahun 2004. Tapi masa tu aku takut bila dengar rawatan laser. Sebab dalam kepala otak aku masa tu membayangkan yang laser tu sama dengan pedang laser lightsaber dalam cerita Star Wars. Lebih baik rabun dari jadi buta.

Tak pasal2 aku tak duduk SPM tahun tu..

Tapi apa yang membuatkan aku jalani juga rawatan laser tu adalah kerana surat daripada Jabatan Penerbangan Awam yang suruh aku buat pendaftaran untuk masuk jadi kadet juruterbang pesawat komersial. Disebabkan nak kejar cita2.. aku buat juga rawatan lasik dengan kos RM3500 sebelah mata. Ahh..mak aku yang sponsor..aku mana ada duit..hehe.

Tempoh rawatan pun sekejap..cuma makan masa 10 minit. Tak sakit langsung pun..

Sekarang ni hidup aku dah selesa pasal tak perlukan cermin mata lagi. Cuma mata aku agak kelihatan sepet sekarang ni disebabkan pemakaian cermin mata dulu.

Yang aku risau sekarang cuma satu..

Adakah Jabatan Penerbangan Awam akan benarkan bekas penerima rawatan lasik macam aku untuk memohon lesen juruterbang komersial..?

Jawapnnya belum aku dapat..

Tuesday, November 23, 2010

Kisah Dari Gambar


Gambar kat atas ni biasa2 sahaja.. tapi dari gambar pondok ni aku akan buat cerita ni jadi panjang. Pondok yang penuh dengan semak baru lepas kena sembur racun ni terletak di belakang rumah kampung aku di Kuala Pilah Negeri Sembilan, sebuah negeri dan tempat yang kaya dengan adat resam minangkabau serta adat pepatihnya itu.

Kat tepi pondok tu kalau kau orang perasan ada sebuah rumah kecil tempat simpan pinggan mangkuk periuk belanga dan sebagainya. Besar2 periuk kat belakang tu. Aku tak ingat bila kali terakhir aku masuk kat rumah kecil tu. Apa yang aku ingat masa aku kecik dulu aku selalu main dalam rumah tu dengan sepupu2 aku dan dalam rumah kecik tu la aku ponteng puasa dulu, masa zaman aku mula2 nak belajar puasa. Sekarang nak masuk aku tak berani sebab, entah dah ada ular sawa beranak pinak dalam tu. Buatnya tiba2 aku kena ngap kan susah..

Gambar ni aku baru snap sekitar raya haji baru2 ni.. Masa tu aku tengah cari port nak hisap rokok..tiba2 aku teringatkan belakang rumah.. jadi aku pun berasap la kat situ dan tiba2 saja jer aku nak snap gambar belakang ni.

Tak ada apa yang menarik kan dalam gambar ni..? apa yang ada cuma sebuah kayu2 reput yang dan rumah kecik yang semakin buruk tu. Tak ada satu pun adik2 sepupu aku yang kecik berani nak main belakang rumah ni lagi..

Tiba2 ingatan aku kembali ke sekitar 10-15 tahun dahulu.

Di tempat yang hambar ni la suatu ketika dulu riuh rendah dengan suara anak2 kecil berlari, bermain dan segalanya. Bila tiba bulan puasa atau nak dekat2 raya belakang ni akan jadi meriah sebab sanak saudara akan berkumpul untuk kacau dodol, masak rendang, bakar lemang dan sebagainya. Masih terngiang2 suara arwah nenek aku membebel2 kat sini. Dia seorang yang sensitif bila memasak, tak baca bismillah dan selawat sebelum masak rendang atau bakar lemang pun kena bebel.

Kalau santan terlebih atau tak cukup garam, habis mak aku dan makcik2 aku kena bising. Disebabkan arwah nenek/wan yang cukup cerewet bila memasak tu la, hasilnya cukup umpphh..! Antara yang terbaik di pekan Kuala Pilah ni rendang dan lemang hasil tangan dia..hehe.

Bila bulan puasa, arwah ayah aku selalu bawa sekotak mercun percuma. Disebabkan kabel kuat dengan polis dan askar, maka berpesta mercun la aku dengan sedara mara. Arwah ayah aku punya suara paling kuat bila ada gotong royong belakang ni, siapa yang malas da suka curi tulang macam aku, pasti akan kena maki. Nak tak nak, buatlah kerja2 sikit macam cari kayu api dan tolong kacau gulai dalam kawah. Pantang dia bila ada orang lain penat2, ada pulak yang rilek dan cuma tahu makan.

Selalu bila riuh rendah kat belakang ni, akan disusuli gelak ketawa saudara mara. Selalunya datuk dan nenek aku yang jadi bahan. Datuk aku selalu kena kutuk dia sebatang kara, sebab dia orang utara bila kahwin dengan orang negeri sembilan (nenek aku), harta semua perempuan punya..hehe.

Itu zaman aku kecil2, masa belum ada PSP yang adik sepupu aku tengah main depan rumah tadi. Waktu tu kitorang cuma main kejar2, masak2 dan sebagainya. Aku pernah rendam katak hidup2 dalam air panas sebab nak buat sup..! siap letak daun sup lagi tau..! Lepas tu nenek aku mengamuk, nasib baik tak makan.

Habis sebatang rokok, aku tersedar semula dari lamunan. Itu kisah lama, kenapa aku nak sedih tekenangkan zaman yang dah berlalu..? Sebab sekarang semua dah tak sama..tak ada lagi gotong royong. Nak lemang..beli, nak rendang..beli, nak masak ketupat tak perlu anyam cuma perlu pergi kedai beli dalam bungkus kemudian balik rebus.

Senang.

Tak ada lagi suara cerewet nenek aku, atau suara kuat dan garang arwah ayah aku. Pondok yang dulunya riuh rendah, sekarang dah tinggal masa nak menyembah bunyi sebab dimakan anai2. Semak samun makin panjang..

Sepupu2 aku yang berhingus dulu pun, sekarang semua dah ada kerjaya, jadi pegawai, jurutera, arkitek dan sebagainya. Masing2 nak balik kampung pun dah susah..termasuk aku sendiri. Beraya kat KL tak sama macam kat kampung..

Aku pun tak tahu nak cerita apa dah..

.. :)

Friday, September 17, 2010

Lepas Raya

Damn..semua orang sudah menulis pengalaman hari raya mereka dan aku sahaja belum. Ini sudah masuk raya ke-9 tapi aku masih dilanda perasaan malas yang keterlaluan. Mungkin disebabkan peningkatan kadar lemak dan kolestrol secara rakus selepas sahaja kita habis berpuasa.

Hari ni raya sudah masuk yang ke-9..? Uhh kita sambut raya sampai sebulan ker..? Bila dengar lagu raya di radio tadi tiba2 aku rasa annoying..tak tahu kenapa.

Masa hari raya pertama..aku lambat pergi masjid. Kalau mak aku tak kejut pasti aku akan membuta sampai tengahari seperti biasa. Itu lumrah untuk penganggur berjaya seperti aku..yang cuma menghabiskan hidupnya didepan komputer.

Masuk universiti keluar cuma boleh tanam anggur.

Balik sembahyang raya aku ke Kota Damansara..rumah makcik aku. Kebetulan atok aku ada disana..menetap dengan makcik aku.

Sampai rumah makcik aku..aku cari abang sepupu aku yang
aku tahu ada disana. Cari punya cari dia ada kat bilik bibik, orang gaji makcik aku. Hajat aku nak ajak dia bersembang di pagi raya jadi terbantut. Abang sepupu aku yang dipanggil along tu memang punya rekod cemerlang membuta di pagi raya selama bertahun2.

Kesudahannya aku pun tersadai sebelah dia membuta sampai petang. Mak aku pula jadi masam mencuka sebab aku boleh tidur di pagi raya.

Nak buat macam mana..raya tahun ni bagi aku tak meriah. Aku tak suka sambut raya di Kuala lumpur..dan ini kali pertama aku di KL. Kalau dulu 3 hari terakhir puasa aku dah berkumpul dengan saudara mara kat kampung..huru hara main mercun masak rendang. Raya di KL terlalu hambar.

Lagipun ni kali pertama aku beraya tak ada bapak. Kalau dulu arwah ayah aku akan bising bila malam dan pagi raya..suruh aku dan adik beradik aku bersiap. Kalau malas tolong orang kemas rumah pun kena bising..tapi hari ni tak ada siapa nak marah aku lagi bila aku malas tolong orang kat rumah.. semua jadi sunyi.. Dulu aku tarik muka bila kena bising..hari ni aku rindu nak kena bising dengan arwah ayah pulak.

Hubungan antara keluarga..saudara mara dan sepupu2 aku pun
dah makin longgar. Salah satunya kerana masing2 dah besar..dah ada jalan kehidupan sendiri. Dulu waktu kecik mandi sama2..tak ada hal kau tengok batang pelir aku..aku tengok batang pelir kau. Sekarang kalau nak mandi sama boleh muntah sebab masing2 dah berbulu..ibarat hutan hujan khatulistiwa.

Semoga raya tahun depan akan membawa kegembiraan semula untuk aku.. 2 hari lepas pun aku boleh tersadai kat genting menyambut raya dengan cara aku sendiri.. :{

Rindu dulu2 kacau rendang kat kampung

Wednesday, September 8, 2010

Luah Perasaan

Seminggu dua ni lagu2 raya dah mula berkumandang di radio dan televisyen.. menambahkan kemeriahan untuk syawal yang akan menjelma sehari lagi semasa artikel ni ditulis.. Tapi secara jujurnya raya tahun ni tak mendatangkan apa2 kemeriahan pun bagi aku..

Aku cuma tumpang gembira melihat rakan2 balik kampung..

Ini kali pertama aku beraya di Kuala Lumpur..dan aku pun tak ingat bila kali terakhir aku menyambut idulfitri di kotaraya ni. Kalau dulu waktu macam ni aku dah ada di kampung..berkumpul dengan saudara mara aku.. Masak lemang..dodol..buat rendang kat belakang rumah dan sebagainya. Bila malam aku dan sepupu2 akan main mercun.

Asap mercun dan asap bunga api..bila bercampur seolah2 menampakkan rumah kampung aku sedang terbakar.

Rumah tok aku biasanya akan riuh rendah..dengan jerit pekik sanak saudara. Itu cerita di Kuala Pilah.. Negeri Sembilan.. Tahun lepas masih begitu kemeriahannya.

Tapi tahun ni..semua tu dah jadi memori..aku cuma boleh mengenang saat2 indah masa tu yang kini dah berlalu dibawa oleh masa yang berputar. Datuk2 dan nenek aku dua2 belah dah tak ada.. yang ada cuma datuk belah mak dan nenek sebelah bapa. Itu pun mereka dah menetap bersama anak2. Rumah di kampung cuma naik semak samun..

Tak ada lagi dendangan lagu 'Balik Kampung' oleh arwah Sudirman mengiringi perjalanan keluarga aku pulang ke kampung. Aku rasa tahun ini raya memang tak mendatangkan apa2 kegembiraan pun bagi aku.. Dan masih cuba menyesuaikan suasana raya di KL yang tidak seindah dan semeriah di kampung.

Sebab itu bulan ini aku cuma menulis tentang memori raya di kampung..sebab itu sahaja yang aku mampu buat. Mengenang waktu dulu yang dah berlalu pergi..

Tahun ni juga..

Kali pertama aku menyambut raya tanpa seorang ayah..dan mak aku menyambut raya tanpa seorang suami.

Semuanya hambar..

Arwah bapa aku meninggal selepas raya tahun lepas kerana serangan jantung yang datang secara tiba2. Al-Fatihah..

Selamat Hari Raya..!

Friday, September 3, 2010

Mencari Lailatul Qadar


Ini sudah malam
ke-25 umat islam berpuasa.. dan lagi 5 hari kita akan menyambut hari raya idulfitri. Bagi aku pejam celik jer dah tak sampai sebulan kita nak beraya..ker aku yang selalu pejam di siang hari di bulan ramadhan ni..? haha.

Kata ustaz..malam 10 yang terakhir akan ada satu malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar.. iaitu yang malamnya jika kita beribadah lebih baik dari seribu bulan. Jadi 10 malam terakhir ini aku rajin ke masjid berjemaah dan solat terawikh. Mana tahu terkena malam lailatul qadar.. untung tu pahal banyak. Malah 70ribu malaikat turun malam ni membawa rahmat.

Mudah2an segala amalan aku diterima olehNya..

Dan kemudian aku mencari lagi..

Tanda2 malam lailatul qadar..

Yang kujumpa dari sumber sahih mengatakan..malam al-qadr itu lebih tenang dari biasa..lebih nyaman dan membahagiakan. Bagi aku setiap malam di bulan ramadhan adalah malam yang membahagiakan..jadi macam mana..?

Jawapannya..

Kita kena rasa dengan mata hati..kalau nak melihat..Insyallah nampak atau rasa.

Pernah aku dengar satu cerita yang sangat sahih..pernah suatu malam ke-27 Ramadhan..seorang lelaki duduk dianjung rumahnya memerhatikan langit yang cerah dihiasi dengan bintang2 bergemerlapan.

Juga ada bulan yang terang benderang.. Tiba2..

Dia lihat seorang lelaki menunggang kuda di langit..menuju ke bulan. Dengan tidak semena2 angin bertiup kuat..tetapi bukan sebab hendak hujan..dan pokok2 pula seolah2 tunduk rukuk. Kalau ada yang mahu percaya atau tidak..terpulanglah. Dunia ini memang sentiasa berlaku sesuatu yang berada diluar kepercayaan kita.

Tadi aku solat terawih di masjid.. Budak2 kecik lari dan buat bising..malah menggangu saf orang dewasa. Masa aku kecik arwah bapak aku akan jeling dengan tajam di masjid untuk pastikan aku solat di barisan kanak2.. Bila arwah bapa aku jeling aku jadi takut..aku akan berdiri tegak macam nak sembahyang..

Bila orang mula solat..

Aku sambung main sepak terajang dan kejar2 di belakang..

Bila dah nak habis..

Aku akan pura2 tahiyat akhir.. Haha.

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan : Me Back In 90's - Ep. 2

Sambungan dari LINK

KAD RAYA DAN KETUPAT

Masa di sekolah rendah sekitar tahun 1995-1999 setiap kali tiba bulan ramadhan benda paling popular masa itu dikalangan orang ramai adalah kad raya yang berwarna warni. Tetapi ramai juga yang berminat dengan kad raya animasi.. yang diatasnya ada lukisan komik mencuit hati dan lucu.

Jadi dibulan ramadhan manusia akan berebut-rebut untuk mendapatkan kad raya itu di kedai2 berdekatan yang menjual. Biasanya disekalikan dengan sampul surat agar mudah pula kita nak mengirimkan kad tersebut tanpa perlu beli berasingan.

Maka pejabat pos pun sibuk nak menghantar kiriman2 kad raya setiap kali bulan ramadhan. Di sekolah rendah.. kadang2 aku akan bertukar2 kad dengan rakan2. Masing2 mencari idea apa yang mahu dituliskan di atas kad.. ucapan dan sebagainya. Daya kreativiti pun terserlah bila macam2 corak tulisan dilakarkan..

Teringat lagi betapa sibuknya aku membeli kad raya jenis animasi dan kemudian bersusah payah menulis diatas setiap keping kad untuk dikirimkan pada rakan2 walaupun jarak rumah antara kami semua tidak seberapa. Mahu lebih advance pula dan kalau ada wang lebih, kad raya yang mengeluarkan irama lagu raya bila dibuka pula yang menjadi pilihan.

Itu zaman sebelum wujudnya budaya SMS..

Dan secara jujurnya..

Aku rindukan zaman itu..

Di kala teknologi khidmat sistem pesanan ringkas masih belum menghambat kita..

Aku rasakan di zaman itu kita lebih ikhlas bila berusaha menunjukkan kreativiti masing2 di atas sekeping kad untuk membuat ucapan berbanding kini, yang segalanya di hujung jari bila mahu mengucapkan selamat bila tibanya ramadhan ataupun hari lebaran. Itupun dipendek2an bahasanya untuk menjimatkan ruang handphone dan kos sms.

Kini segala2nya menjadi mudah.. tiada lagi suasana saudara lelaki yang mencari daun pokok kelapa di luar rumah..manakala di dapur makcik2 dan sepupu2 perempuan aku yang sibuk anyam ketupat.. Kadangkala aku akan ganggu mereka melakukan kerja. Pernah juga aku belajar anyam ketupat dengan arwah nenek aku.. tapi kalau dah tangan lelaki tetap sukar nak melakukan sesuatu yang memerlukan aku melembutkan tangan untuk sesuatu yang agak seni.

Dan bila daun kelapa sudah siap dianyam, kaum wanita pula akan sibuk memasukkan beras kedalam lubang2 kecil disebalik anyaman tersebut untuk direbus dalam sebuah kuali yang besar untuk proses berikutnya.

Itu dah berlalu..sekarang kalau mahu makan nasi impit cuma perlu beli yang packing di kedai.. balik rumah cuma buka dan rebuskan.. kemudian tidak sampai 10 minit dah boleh dihidangkan pada orang ramai.

Generasi hari ini..

Masih adakah lagi yang tahu melakukan perkara seperti itu..?

Bersambung..

Akan Datang : Buluh dan Meriam

23 Ogos, catatan dari Kuching, Sarawak.


Thursday, August 12, 2010

Ramadhan : Me Back In 90's

Pertama sekali..selamat menyambut puasa kepada korang2 yang diluar sana. Semoga bulan ramadhan tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua - ayat klise lagi skema setiap kali bulan puasa tiba tiap2 tahun.

Tahun ini aku menyambut bulan puasa dalam umur 23 tahun..alhamdulillah dipanjangkan lagi umur aku untuk menyambut puasa tahun ini. Yang sedihnya ini kali pertama aku berpuasa tanpa seorang bapa..selepas pemergian ayahanda aku ke rahmatullah pada Nov 2009 lepas. (LINK) Tapi tak apa..manusia datang dan pergi.

Semalam aku berbuka puasa di Kota Damansara..rumah aunty aku bersama keluarga dia. Lepas habis berbuka..aku teman adik2 sepupu aku yang kecik2 main bunga api kat luar rumah. Diorang main bunga api..aku hisap rokok. Uncle dan aunty aku kat dalam..jadi aku la jaga diorang kat luar. Adik2 sepupu aku main kat atas jalan raya diantara deretan2 rumah teres 2 tingkat.

Kasihan adik2 sepupu aku sebab diorang dah tak merasa beraya di kampung macam aku kecik2 dahulu. Datuk aku dah berhijrah ke KL duduk dengan keluarga kat sini..manakala nenek aku dah meninggal 2007 lepas. Jadi keluarga aku beraya di KL lepas ni..

Ingatan aku berbalik pada sekitar tahun 1994-1998 masa aku di sekolah rendah. Setiap kali puasa dan raya rumah separa papan separa batu datuk aku akan riuh rendah dengan pekikan dan lolongan cucu2 mereka yang buas macam anak jin iprit. Cucu dia sahaja dah dekat 20 orang.. Kebanyakan pulak lelaki. Jadi tunggang langgang rumah tok aku dikerjakan.

Kerusi dan meja dalam rumah habis berterabur..sebab kitorang susun2 kerusi tu dan kemudian sambung2kan dan assume perabot tu semua macam dalam kapal. Arwah nenek aku selalu pening kepala.. sebab dia seorang yang sangat pembersih dan kemas. Masa dulu..arwah bapa aku selalu bawa balik berkotak2 bunga api dan mercun. Dia beli harga murah jer..sebab nama pun dah pegawai tentera..kabel kat luar macam polis ramai.

Di depan rumah tok nenek aku ada suatu kawasan yang luas..kiri kanan pula hutan..jadi disitulah medan perang mercun kitorang. Masa kecik aku diberitahu yang setan masa bulan puasa kena ikat kat pokok..jadi aku selalu bakar dan target pokok2 kat keliling rumah kampung aku dengan mercun dan bunga api dengan harapan setan2 yang kena ikat tu akan sakit dan mati.. Jadi aku akan dapat banyak pahala sebab dah berjaya bunuh hantu dan setan menggunakan mercun..

Bersambung..
* aku nak tidur kejap lagi nak bangun sahur*