Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Kawan Pejabat

Nak kenalkan sama lu orang..ini la dua orang yang paling rapat dengan aku kat tempat kerja. Sebelah kiri nama dia akmal, senior kat tempat kerja. Sebelah kanan nama dia azri, dari Terengganu. azri ni la yang tengah nak buat lesen juruterbang dengan aku..kira bakal pilot juga la..hehe. Masuk air diorang ni..


Kalau tak jumpa kawan yang sama kepala kat tempat kerja, memang tekanan. Tapi kalau dah jumpa yang satu kepala baru syiokk..pasal kita boleh buat huru hara sama-sama macam pejabat tu mak bapak kitorang yang punya.

Haha..

Friday, November 12, 2010

Kerja Malam


Kawan2 aku bising..dan ada yang merajuk.. tu belum lagi yang kecik hati bila aku tak balas mesej. Mari aku bawa kalian ke dunia aku.. bila bangun pagi pasti dalam inbox hp aku ada paling kurang 10 mesej. Bukan dari chenta hati.. tapi mesej2 kerja, kes itu ini dan sebagainya. Bila bangun pagi biasanya aku mamai.. dan baca mesej2 tu ala kadar sahaja.

Biasanya bila aku bangun pagi aku akan kelam kabut bersiap nak pergi ke tempat kerja aku yang baru di Ampang, Selangor. Interbankers nama tempat aku bekerja tu.. dalam pejabat tu cuma ada 3 orang sahaja staff. Sebab itu cawangan jadi kakitangannya sedikit..dan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Sebelum ni aku cuma buat kerja pejabat, tapi mulai semalam aku dah mula mengajar pada pelajar2 aku yang mengikuti kursus asas perbankan.

Masa tengahari disebabkan bos aku jarang masuk maka aku akan lelap dalam sejam. Waktu pejabat aku tak on HP biasanya. Biasalah..aku kan pekerja yang komited. Tapi bila aku cakap pada kawan2 yang aku mahu jadi Perdana Menteri Malaysia, pasti mereka semua akan ketawakan aku..sedangkan aku komited pada kerja ni..haha.

Malam pula, aku kena buat part time di ibu pejabat di KL. Kerja aku lipat2 flyers, masukkan dalam sampul surat, stapler sana, stapler sini sampai pukul 11 malam. Nasib baik ada awek2 kabin krew yang comel buat kerja sekali jadi tak adalah bosan sangat. Sambil buat kerja boleh cuci mata, kata seorang pelatih pilot disitu. Bila balik aku terus tidur sebab penat. Jadi msg2 dalam HP aku jarang nak buka atau perasan. Jadi 2-3 orang kawan aku mengadu aku susah nak reply mesej.. dengan penjelasan ni harap korang faham.

Itu sebabnya aku belum ada awek sejak 'menduda' tahun lepas. Selain dari aku tak laku, aku juga takut nak bagi komitmen pada awek aku nanti..sebab aku sibuk memanjang. Itu belum campur kelas silat dan kerja2 part time lain yang aku buat. Mana ada masa..

Pada yang mesej..aku suggest korang missed call aku..nanti aku call balik yer.

To my brothers pulak.. uhh along agak kebzan yang melampau. Hujung minggu kita lepak okeh..?

.. :)

P/s : aku rindu zaman aku boleh bermain papan selaju petang2, lepak sana sini, layan gig dan enjoi semua. Tapi apa nak buat, sekarang aku dah bekerja. Dah la tahun depan aku duduk SPM balik..bertambah2 la tekanan aku.

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Hari Raya 2010

Esok lusa dah nak raya kan.. Walaupun aku malas..aku buat juga la ucapan pendek melalui blog aku ni.. Di kesempatan ni nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri pada..

Pembaca blog ni..dan blog yang satu lagi LINK

Rakan2 di mana sahaja..

Saudara mara..

Adik beradik seperjuangan..

Adinda2 jemaah Sri Hartamas Mont Kiara..

Selamat menyambut hari raya..kalau memandu balik kampung berhati2 semasa memandu..jangan tergopoh gapah nak cepat.

Ampunkan salah silap aku kalau ada terkasar bahasa atau kelakuan.. manusia mana tak buat silap. Sekian terima kasih..

Selamat Hari Raya Idulfitri 2010..!!

p/s : Dalam kita bergembira..jangan lupakan mereka yang berduka. Anak2 Palestin..orang2 miskin..anak2 yatim dan mereka2 yang tidak mampu untuk bergembira sebagaimana kita di hari raya.


Luah Perasaan

Seminggu dua ni lagu2 raya dah mula berkumandang di radio dan televisyen.. menambahkan kemeriahan untuk syawal yang akan menjelma sehari lagi semasa artikel ni ditulis.. Tapi secara jujurnya raya tahun ni tak mendatangkan apa2 kemeriahan pun bagi aku..

Aku cuma tumpang gembira melihat rakan2 balik kampung..

Ini kali pertama aku beraya di Kuala Lumpur..dan aku pun tak ingat bila kali terakhir aku menyambut idulfitri di kotaraya ni. Kalau dulu waktu macam ni aku dah ada di kampung..berkumpul dengan saudara mara aku.. Masak lemang..dodol..buat rendang kat belakang rumah dan sebagainya. Bila malam aku dan sepupu2 akan main mercun.

Asap mercun dan asap bunga api..bila bercampur seolah2 menampakkan rumah kampung aku sedang terbakar.

Rumah tok aku biasanya akan riuh rendah..dengan jerit pekik sanak saudara. Itu cerita di Kuala Pilah.. Negeri Sembilan.. Tahun lepas masih begitu kemeriahannya.

Tapi tahun ni..semua tu dah jadi memori..aku cuma boleh mengenang saat2 indah masa tu yang kini dah berlalu dibawa oleh masa yang berputar. Datuk2 dan nenek aku dua2 belah dah tak ada.. yang ada cuma datuk belah mak dan nenek sebelah bapa. Itu pun mereka dah menetap bersama anak2. Rumah di kampung cuma naik semak samun..

Tak ada lagi dendangan lagu 'Balik Kampung' oleh arwah Sudirman mengiringi perjalanan keluarga aku pulang ke kampung. Aku rasa tahun ini raya memang tak mendatangkan apa2 kegembiraan pun bagi aku.. Dan masih cuba menyesuaikan suasana raya di KL yang tidak seindah dan semeriah di kampung.

Sebab itu bulan ini aku cuma menulis tentang memori raya di kampung..sebab itu sahaja yang aku mampu buat. Mengenang waktu dulu yang dah berlalu pergi..

Tahun ni juga..

Kali pertama aku menyambut raya tanpa seorang ayah..dan mak aku menyambut raya tanpa seorang suami.

Semuanya hambar..

Arwah bapa aku meninggal selepas raya tahun lepas kerana serangan jantung yang datang secara tiba2. Al-Fatihah..

Selamat Hari Raya..!