Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Tuesday, February 8, 2011
Kisah Apek Tua Mati Bini
Masa hari sabtu lepas aku ada lepak kat satu kedai makan cina di suatu tempat di Kuala Lumpur dengan rakan-rakan aku. Minum sahaja, tak makan pun sebab situ semua tak halal. Kalau nak ikutkan aku sental aja nasi goreng ataupun mee goreng yang peniaga2 Cina kat situ buat sebab bau masakan dari gerai2 kecil yang terdapat kat situ sungguh sedap dan menaikkan selera. Tapi disebabkan tak dijamin halal maka aku pendamkan sahaja nafsu yang tengah bergelora masa tu.
Waktu asyik memerhatikan amoi2 yang gebu dan comel kat situ aku perasan ada seorang apek tua kat meja belakang tempat aku duduk, tengah termenung sorang2 macam ada masalah. Di atas meja dia ada sebotol arak. Habis sebotol dia memesan lagi sebotol dan kalau tak salah kiraan aku, hampir tiga botol jugalah botol arak bersilih ganti.
Disebabkan risau keadaan dia yang tidak terurus, ada seorang pelayan Indonesia bertanyakan soalan pada apek tu apa punca dia minum seorang diri tak berhenti2. Disebabkan perbualan mereka dalam bahasa Melayu maka aku pun memasang telinga walaupun perbualan mereka agak pelat dan berterabur.
Tiba-tiba apek tu menangis masa diajukan soalan oleh pelayan Indonesia tersebut. Kata apek tu dia sedih sebab bini dia baru mati, meninggalkan dia seorang diri setelah hidup bersama untuk tempoh yang panjang. Aku dapat agak dari usia apek tersebut, mungkin mereka dah hidup berpuluh-puluh tahun bersama. Sambil mengunyah sotong kering yang aku beli di 7E tadi, aku
terus mendengar rintihan dan keluhan apek tersebut yang sedang teramat sedih.
Maka untuk menghilangkan kesedihan yang dialaminya, maka dia pun memilih jalan untuk mabuk dengan harapan, sedikit sebanyak hatinya yang sedang terluka dapat sedikit terubat. Masa tu seolah2 lagu 'Jeritan Batinku' dendangan Allahyarham tan Sri P.Ramlee dalam cerita Kassim Selamat sedang berkumandang mengiringi cerita apek tu. Imaginasi aku memang tinggi kan..? Dapat cari lagu untuk diimaginasikan ke sebuah jalan cerita walaupun kat kedai makan cina. Haha.
Ohh sedangkan aku dan rakan2 aku yang pernah aku jumpa pun, bila break up dengan chenta hati masing2, macam orang gila dibuatnya. Makan tak basah mandi tak kenyang bak kata pepatah Melayu untuk digambarkan. Itu awek yang hidup bersama tak sampai setahun jagung, inikan pula apa perasaan apek tu masa bini dia mati..? Mesti kechewa yang teramat sangat kan..?
Kalau diikutkan hati nak jer aku yam pui ngan apek tu sebab sekurang2nya dia ada teman. Tapi disebabkan dia minum arak, tak dapat la aku nak lepak sekali. Aku tak mabuk beb, kalau dia minum teh tarik boleh lah aku cheers sekali ngan dia.
Pengajarannya lu orang kalau break up dengan awek atau balak masing2 disebabkan cinta yang masih kurang matang tersebut, tak payahlah frust menonggeng macam keling mabuk todi.. terima jer suratan takdir. Hakikatnya ramai lagi yang lebih menderita dari kita. Inikan lumrah dunia, takkan nak manis gula sahaja, rasa masin garam kena rasa juga baru kita belajar sesuatu.
Pada apek tadi kasihan beb, mesti raya dia dah tak bermakna. Kalau drama Melayu mesti dah keluar lagu 'Salam Terkahir' nyanyian arwah Sudirman..haha.
Yam Pui..!!
Sunday, August 22, 2010
Bumi Kenyalang

Lokasi : KLIA Jam : 9.45am
Pagi di KLIA tadi agak indah meski cuaca sedikit mendung.. biasalah hari ahad selain membosankan juga mendamaikan.
Pukul 10.45 am..masa untuk berlepas masuk.
Hampir 1jam dan 45 minit di dalam perut pesawat..
Akhirnya sampai ke tempat yang penuh nostalgia bagi aku.. Kuching, Sarawak.. bumi yang penuh mendamaikan dan menyenangkan. Biar tidak sehappening semenanjung sana..namun ada sesuatu yang menarik perhatian disini.. sukar nak diungkapkan dengan kata2.
Lama tidak pulang.. tapi hanya tidak sampai seminggu disini bercuti..
Ahad ini..
Pulang semula ke ibukota Kuala Lumpur yang penuh dengan jerit pekik manusia.
Friday, August 20, 2010
Pagi Ramadhan
Hari ni aku bangun pukul 5 untuk bersahur.. suasana pagi yang hening.. langit cerah dan bintang masih bergemerlapan dengan indahnya di dada langit ibukota Kuala Lumpur.Hari ke 10 umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke-3..
Syukur Alhamdulillah dengan kurniaNya..
Pagi ini cuma bersarapan dengan juadah yang ringkas sahaja.. Tidak perlu sebanyak waktu berbuka..
Sambil bersahur.. sempat memerhatikan di kaca television, siaran astro Awani..
Penderitaan mangsa banjir di Pakistan..
Fenomena alam tidak mengenal waktu dan tempat..
Mereka merintih dan menangis.. mengharapkan simpati.
Timbul rasa secebis keinsafan dalam diri..
Betapa bertuahnya kita hidup di bumi ini yang tidak punya masalah dengan makanan yang berkurangan.. meski segelintir manusia menjadi semakin lalai dan bodoh dengan nikmat yang berlebihan..
Ini ujian atau bala dariNya..?
Selamat bersahur dan berpuasa..!
Mata jadi kuyu semula.. tapi azan subuh sudah berkumandang..
Wednesday, August 18, 2010
Kismis Minda
Tadi keluar sekejap ke ibukota Kuala Lumpur.. mencari barang untuk menyambut ketibaan syawal kurang sebulan lagi.
Jalanraya di Kuala Lumpur sesak teruk..
Kepala jadi pusing..
Jiwa jadi kacau..
Dugaan..
Kemudian aku perhatikan meter minyak kereta aku.. sudah tinggal sikit. Kebanyakannya habis di jalan2 raya sesak di ibukota.. dugaan lagi. Dalam kekalutan aku pergi mencari stesen minyak terdekat..kemudian nampak sebuah stesen minyak petronas..aku pun singgah.
Semasa sedang mengisi petrol ke dalam tangki minyak..datang seorang budak..
' Assalammualaikum abang.. nak beli kismis minda dan kalendar Islam tak..? '.. katanya.
' Bolehlah dik..bagi kismis tu satu.. seringgit kan..? '..kata aku.
Untuk pengetahuan korang..aku tak pernah menolak kalau budak macam tu..dengan imej bersongkok atau berkopiah dengan baju Melayu biasanya.. datang menjual kismis. Bukan mahal pun..seringgit jer.
Masa budak tu berlalu pergi.. aku terfikir..
' Boleh jadi pandai ke makan kismis yang kononnya didoakan ni..? '..
Aihh..
Nama Islam pun dah diguna pakai untuk melariskan jualan sekarang ni. Kismis minda..jus tok guru.. Segala2nya nak diislamikkan..
Dan manusia yang mahu lebih islamik pun..terpengaruh.
Kasihan budak itu.
Tuesday, August 17, 2010
Ramadhan : Bazaar
Aku baru sahaja balik dari bazaar Ramadhan di tempat aku. Bulan puasa kita menahan lapar dan dahaga sepanjang hari..lepas subuh sampai terbenamnya matahari. Jadi bila nak dekat waktu berbuka semua jadi meriah di bazar Ramadhan.Siapa kata bila bulan puasa kedai makan rugi..? aku rasa mereka untung berlipat kali ganda. Suasana di bazaar Ramadhan hanya boleh dirasai kemeriahannya di bulan puasa. Itu yang menariknya..
Di bazar Ramadhan bukan sahaja kelibat orang Melayu yang kelihatan..
Tapi ada Cina..India dan Punjabi..
Ditambah pula dengan..
Myanmar..Bangla..Negro..orang Nepal..Vietnam..Cina Bukit..Hindu Tamil Naidu dan sebagainya.
Inilah yang dinamakan semangat 1 Malaysia.
Masa berjalan2 di bazaar..pandangan aku tertumpu pada gadis2 comel yang berpeleseran membeli juadah berbuka.
Aku lelaki..biasalah kan..?
Ada pula yang seksi..pakai seluar pendek nampak bontot dan baju nipis nampak lurah tetek*.
Ohh..
Kurang sudah pahala puasa aku.
Siapa yang tak tahu, ini namanya Nasi Kerabu. Favorite aku.* tetek is a kinda bad and impolite words to say. But do i care..? Haha.
Pict Kredit LINK
Monday, August 16, 2010
Malam Ramadhan Di Ibukota - Bukit Bintang
Hari ini..sewaktu artikel ini ditulis sudah masuk hari ke 7 umat Islam di Malaysia menyambut bulan Ramadhan. Dan sewaktu artikel ini ditulis jam di dinding rumah sewa aku menunjukkan pukul 8.21 pagi waktu Malaysia..tapi dari semalam aku belum tidur lagi. Jadi jari2 bergerak menekan papan keyboard dengan harapan aku leka dan kemudian aku mengantuk dengan sendiri.
Waktu tidur aku sudah lari..
Terawikh pula sudah banyak kali aku ketinggalan..
Malam2 aku di Kuala Lumpur pada bulan Ramadhan ni adalah sama..kalau hari selasa dan rabu aku akan berlatih di kelas silat seperti biasa. Selain dari itu akan melepak di kafe kawan aku pada tiap2 malam. Kafe dia terletak berhadapan dengan Dewan Bahasa dan Sekolah Menengah Victoria berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Apa aku buat disitu..? Disitu tempat aku dan kawan2 lama sekolah aku di SMK Dato Onn dahulu berkumpul menghabiskan malam2 yang membosankan di ibukota.
Hisap rokok..merapu..hisap rokok..sambung merapu.
Ibukota..dah tiada lagi tempat yang boleh menarik perhatian anak kota seperti kami lagi. Malah Bukit Bintang yang dulu menjadi tempat permainan kami waktu sekolah pun dah kelihatan semakin hambar.. Masa zaman belum ada lesen dulu..ambil masa 15minit jer nak jalan kaki ke Bukit Bintang.
Aku selalu menyebut Bukit Bintang dalam tulisan aku..sebab tempat itu penuh memori bagi murid2 Victoria..St John..Dato Onn dan lain2 bagi kami. Itu tempat kami ponteng sekolah dan menghabiskan masa di hujung minggu dahulu..agak lama sebelum Times Square wujud lagi.
Bila aku habis sekolah.. tempat2 itu dah menjadi sekadar memori zaman persekolahan kitorang. Sudah 7 tahun.. Bukit Bintang itu pernah menjadi kawasan badut sarkas - dengan kemunculan budak2 berimej Gothic sambil bawak payung walaupun cuaca tengah panas. Katanya pengaruh My Chemical Romance.
Itu semua dah berlalu..
Tapi sekarang..
Berkumpul dengan rakan2 lama di kafe milik rakan aku ni dengan kawan2 sekolah dahulu lebih bermakna..daripada tersadai di Pavillion jual muka..tapi dalam poket cuma ada tak sampai RM50.. lebih baik menghabiskan masa di sini.
Kadang2 kami ketawa bila melihat anak muda ambil gambar di depan Pavillion atau Times Square..kerana kami dah agak dan tahu..pasti dia bukan dari KL ataupun baru hendak mengenal kehidupan di ibukota.
Hujung minggu ni..aku akan ke Damansara Uptown seperti biasa.
Itu kisah hidup aku yang membosankan di bulan Ramadhan..di ibukota.

Saturday, July 24, 2010
Ujian Hidup
Hari ini hari sabtu..
Malam minggu untuk anak muda keluar bergumbira dan bertemasha* bersama rakan2..
Biasanya aku akan keluar malam minggu ini dengan rakan2..tapi hari ni aku cuma duduk di rumah sahaja. Kebetulan cerita di astro banyak yang agak menarik jadi aku melekat di depan TV sahaja.
Tiba2 aku sangap..
Jadi aku terus capai sebatang rokok..dan duduk di hadapan rumah sambil melayan perasaan. Pemandangan di hadapan hanyalah deretan rumah2 teres usang sambil 2-3 kelibat anak muda sedang membaiki motosikal masing2.. dan pakcik2 yang sedang bersembang di hadapan rumah.
Ingatan aku kembali ke waktu dahulu..
Rumah lama aku sebelum ini adalah banglo diatas bukit.. kalau kita duduk di depan maka akan kelihatanlah dengan jelasnya bandaraya Kuala Lumpur..KLCC..Menara Kuala Lumpur dan hatta Genting Higlands sekali pun. Memang indah..
Fasilitinya juga lengkap..ada pengawal..ada kolam renang besar.
Tapi Allah SWT sentiasa menguji hamba2Nya..
Kerana sejak kematian arwah ayah aku pada November lepas.. keluarga aku melalui kehidupan yang agak sukar..
Jika dahulu..kami berbelanja tanpa risau.
Tapi sekarang..
Segalanya perlu diteliti..semuanya perlu dikawal.
Tapi aku yakin tuhan itu maha adil..segala yang berlaku mesti ada hikmah.. Asalkan kita semua bersabar dengan ujianNya.
Dahulu aku tak pernah kenal jiran..bertegur sapa jauh sekali. Kerana jarak rumah yang jauh antara satu sama lain.
Tapi sekarang..
Aku dah mula belajar erti dan suasana hidup berjiran.
Mereka tidak seperti datuk dan datin yang pernah menjadi jiran aku dulu.. Mereka hidup lebih sederhana..mampu mengukir senyuman walaupun kehidupan tidak semewah golongan bangsawan diatas hierarki kehidupan mereka. Mereka tolong menolong bila ada kenduri..tidak perlu upah orang untuk lakukan itu dan ini.
Apa yang penting adalah..
Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada.

Friday, July 23, 2010
Uptown
Pukul 8 tadi kawan aku telefon kata nak ajak layan midnight movie iaitu cerita Sorcerer's Apprentice. Disebabkan kebosanan melanda aku pun jadi riang ria sekurang2nya ada benda yang aku boleh buat malam sabtu ni.
Tapi kawan aku boleh buat lawak..
Tiket dia belum tempah sebenarnya..jadi harapanlah kan nak layan filem tersebut malam ni. Manusia yang tempah terlalu ramai. Tak apa..minggu depan masih ada.
Untuk menggantikan rancangan menonton filem yang tergendala..
Aku dan 2 lagi rakan ambil keputusan memandu ke medan selera Uptown Damansara. Kamu tahu..Uptown adalah tempat lepak kegemaran saya dari dahulu. Disitulah tempat aku memborong DVD cetak rompak..disitu juga aku menjamu selera.
Lebih gemar aku kesitu dari Desa Sri Hartamas sebab kawasan tersebut penuh sesak.. Lagipun kalau di Desa Sri Hartamas..mesti akan ada kawan aku. Dan aku paling malas untuk tegur orang yang aku kenal.
Kalau tak tegur dikatakan sombong.. sebenarnya aku kalau ada tujuan..lebih suka privacy.
Jadi Uptown Damansara adalah tempat yang paling nyaman bagi aku. Disamping makanan yang sedap dan pelbagai..
Aku juga boleh melihat telatah manusia ibukota yang pelbagai..
Lebih menarik..
Kehadiran awek2 cun disitu.
Biasalah..
Lelaki solo macam aku hanya boleh usya awek orang.. :P
Dalam perjalanan balik..aku dan rakan ambil keputusan pusing sebentar di bandaraya Kuala Lumpur menghabiskan minyak Satria Neo aku..
Panorama malam di Kuala Lumpur pun dah menjemukan aku. Tiada apa yang menarik..Segalanya kelihatan sama..dan aku jadi buntu memikirkan jenis hiburan baru yang aku boleh dapat di Kuala Lumpur.
Dalam kepala berfikir..
Entah bila aku dapat mengembara mengelilingi dunia. Melihat keindahan Venice ataupun Amsterdam..
Kelab malam..?
Aku dah muak.
Futsal..?
Aku kaki bangku.

Thursday, July 22, 2010
Kotaraya
Pagi tadi aku pergi uruskan duit pencen arwah bapa aku di Maju Junction..betul2 di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Dari Cheras aku bertolak pukul 8.30 am.Dalam perjalanan..jalanraya KL seperti biasalah sesak teruk.
Tahu kenapa jalan sesak..?
Memandu perlahan tapi ikut lorong kanan..
Mat motor cilok tak tengok kereta..yang bawa kereta pula kena break untuk mereka. Kalau dilanggar mereka accident salahkan pemandu kereta pula..
Bila lampu isyarat hijau..yang kat depan lembap macam siput nak jalan.
Suka2 hati nak potong Q..
Manusia bangang yang tak tahu nak bagi lampu signal ketika membelok.
Itu semua sedikit sebanyak punca jalan sesak..memandu dalam kota tidak sama memandu di Cameron highlands untuk makan angin. Kita semua ada urusan nak diselesaikan.. Belum lagi campur dengan segala projek menurap jalan ditengah kesesakan lalulintas.
Bila sesak pemandu di kota jadi tertekan..belum lagi tekanan di tempat kerja. Sekarang harga minyak naik 5 sen. Kerajaan kata sikit..itu kata mereka.
Rakyat biasa tak macam menteri atau raja..
Kalau lalu ada polis iring..suruh orang ketepi atau kekanan untuk bagi laluan pada mereka..
Kemudian rakyat..
Jadi bertambah bengang..
Hospital
Ini aku baru sahaja balik dari hospital sebab melawat makcik aku yang kemalangan jalan raya minggu lepas. Dia baru sahaja lepas pembedahan.. Dan sekarang dia ditempatkan di hospital swasta..betul2 di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Kalau dah nama pun hospital swasta..mestilah cantik. Jururawatnya pun comel2 dan sedap mata memandang. Sempat juga aku mengusyar seorang dua..
Bukan apa..
Sahaja nak panaskan suasana dan badan..pasal penghawa dingin dalam hospital itu terlalu kuat..menggigil aku dibuatnya. Itu belum lagi kalau tiba2 aku terserempak hantu di hospital tu..mahu keras aku dibuatnya.
Makanan di hospital tu untuk pesakit pun sedap2..
Masa balik pakcik aku kata..
"Bagus kakitangan kat hospital ni..peramah belaka". Kemudian aku yang mendengar pun berfikir..
Memanglah layanannya bagus..sebab bayaran untuk terima rawatan sahaja dah beribu2 ringgit seminggu. Salah satu sebab kenapa kita bayar mahal untuk ke hospital swasta adalah kerana cas senyuman dan rawatan mesra itu.
Tiba2 aku teringat..
Layanan yang diterima oleh pesakit di hospital kerajaan..
Inilah dunia..
Segala2nya perlukan duit..hatta senyuman dan keramahan sekalipun.

Burger
Sekarang ini aku baru sahaja balik dari bersenam di kawasan rekreasi berdekatan rumah aku.. Jadi terasa sihat sikit.
Masa aku balik..tiba2 perut lapar..
Jadi hajat mahu singgah di kedai burger di kawasan rumah aku..
Aku pun order burger oblong ayam satu..iaitu kegemaran aku. Aku perhatikan sahaja abang itu buat burger.. tiba2 aku rasa bengang pasal abang itu sangat pengotor. Kenapa dia tidak tahu menggunakan sarung tangan..? Angkat roti..angkat daging..gunakan tangan yang dah berpeluh..
Kemudian..kain kotor digunanya untuk lap tangan..
Selera aku tiba2 hilang.. Kenapa sesetengah peniaga Melayu sangat kotor dalam aspek penyediaan makanan..? Bukankah Islam mengajar kita untuk mengamalkan kebersihan..?
Abang burger itu mungkin tak tahu..penyediaan makanan yang tidak teratur boleh menyebabkan penyakit merebak.
Tapi..itu lah makanan sedap yang paling sedap dan murah untuk rakyat marhaen seperti aku.
Burger dari gerai tepi jalan..
Kita bukan selalu banyak duit untuk makan McD tiap2 hari..akui sahaja.
Tapi rakyat marhaen pun berhak dapat makanan yang bersih dan sedap.
Lebih baik makan burger murah daripada kena tipu dengan harga buffet di hotel yang sampai RM100 satu kepala..paling kuat pun jumlah yang kita makan cuma RM20.

Subscribe to:
Comments (Atom)